Pembayaran STR Fasa 1 telah dimulakan secara berperingkat kepada semua penerima yang layak. Setelah itu, para penerima akan menunggu pembayaran STR Fasa 2 pula. Ini pula adalah jangkaan tarikh bayaran STR Fasa 2
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR
Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah bantuan berbentuk kepada yang diagihkan kepada setiap rakyat yang LAYAK.
Pembayaran STR adalah melalui beberapa fasa sama seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Pembayaran STR Fasa 1 telah dan akan selesai dibayar. Kini STR Fasa 2 pula di mana rakyat akan menunggu bayarannya.
BAYARAN STR FASA 1
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah telah bermula secara rasmi pada 17 Januari 2023. Itu adalah bayaran untuk Fasa 1. Jumlah bantuan yang diterima adalah RM 300 bagi kategori isi rumah.
Manakala kategori bujang dan warga emas tiada pasangan, masing-masing terima bayaran RM 100.
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR FASA 2
Mesti anda ternanti-nanti pengumuman tarikh bayaran STR Fasa 2. Namun, buat masa sekarang perkara tersebut terlalu awal untuk diumumkan kerana bayaran Fasa 1 baru sahaja dikreditkan dan belum semua penerima telah menerima bantuan tersebut.
Walau bagaimanapun, bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022, pembayaran BKM Fasa 1 dibayar pada bulan Mac manakala Fasa 2 pada bulan Jun.
Bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023, bayaran Fasa 1 adalah bulan Januari. Jika jadual bayaran adalah sama seperti BKM 2022 iaitu setiap 3 bulan, ini bermakna pembayaran STR Fasa 2 adalah bulan April. Tetapi, ini hanyalah sekadar jangkaan pihak kami bantuansemasa.com .
Tarikh rasmi bakal diumumkan oleh Perdana Menteri dalam beberapa bulan mendatang.
KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Buat masa sekarang, setiap penerima STR Fasa 1 adalah berdasarkan data BKM 2022. Dijangkakan dalam masa terdekat, permohonan baharu bakal dibuka bagi rakyat yang tidak pernah menerima apa-apa bantuan sebelum ini.
Nak tahu STR lulus ke x