Bantuan Lain

Tarikh Bayaran BKC Fasa 3 Yang Ramai Tidak Tahu

 

Pembayaran Bantuan Khas Covid (BKC) sangat ditunggu-tunggu oleh para penerima memandangkan ia sudah masuk kepada pembayaran terakhir. Oleh sebab yang demikian, kerajaan baru sahaja mengumumkan tarikh rasmi pembayaran BKC untuk fasa 3.


BANTUAN KHAS

BKC adalah satu jenis bantuan yang diberikan kepada rakyat ketika negara sedang menghadapi pelaksanaan penutupan sektor ekonomi pada bulan Jun lalu.

Perkara ini ialah untuk meringankan beban rakyat kerana mereka tidak boleh pergi bekerja disebabkan terdapat sebilangan sektor ekonomi ditutup. Hal ini akan mengakibatkan ramai rakyat yang kehilangan pekerjaan dan seterusnya tiada sumber pendapatan.

Diharapkan dengan hadirnya BKC yang dibayar selama 3 fasa mampu meringankan beban rakyat untuk membeli barang keperlu kepada keluarga dan diri sendiri.

Mengikut daripada pengumuman sebelum ini, BKC akan dibayar dalam 3 fasa iaitu 
  • Fasa 1 – September
  • Fasa 2 – November
  • Fasa 3 – Disember

TARIKH BAYARAN

Tarikh pembayaran untuk BKC Fasa 3 baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri pada petang tadi.

Menurut beliau, pembayaran BKC Fasa 3 akan mula disalurkan pada
  • 20 Disember iaitu pada Isnin
  • Pembayaran ini akan melibatkan hampir 3.8 juta penerima
  • Peruntukan berjumlah RM 1.2 bilion untuk BKC Fasa 3
“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia”.


JUMLAH BAYARAN

Jumlah keseluruhan BKC ialah RM 1,300 tetapi ia bergantung dengan kelayakan masing-masing.

Berikut ialah jumlah bantuan mengikut kategori :

Kategori Miskin Tegar Isi Rumah 
  • Bantuan RM 300 akan diberikan pada BKC Fasa 3
Kategori B40 Isi Rumah
  • Bantuan berjumlah RM 300 akan diberikan
Hanya dua (2) jenis pembayaran kategori sahaja akan diberikan manakal kategori bujang, warga tua dan M40 sudah selesai pada BKC lalu.


KAEDAH BAYARAN


Berikut ialah kaedah bayaran untuk BKC Fasa 3 ini :

Pembayaran bantuan untuk kedua-dua kategori akan terus dikreditkan melalui akaun bank yang sama seperti sebelum ini.

Manakala bayaran untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh ditebus melalui mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional.

Related Articles

One Comment

  1. Mana masuk PON duit fasa 2 dgn fasa 3 bos.saya mempunyai akaun bank BSN tapi tak masuk akaun pun duit fasa2 dengan fasa 3

  2. Serius saya bagi tahu Duit bantuan fasa2 dengan fasa 3 tak masuk pun kedalam akaun saya yang saya mempunyai akaun bank BSN

  3. Saya warga mas ibu tunggal ingin tahu kenapa bayaran bkc fasa2 dan 3 saya x terima saya ada ac maybank saya x faham bpr pon x da.menunggu je

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button