Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.
Sama seperti bayaran STR sebelum ini dilakukan secara berfasa dari fasa 1 hingga fasa 4.
Kategori Penerima STR
- Isi rumah yang berkahwin ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
- Warga emas sebatang kara ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
- Individu bujang berumur 21 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 Kebawah )
- Individu bujang OKU berumur 19 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 kebawah )
Jumlah Bayaran Keseluruhan STR
- ISI RUMAH : Pendapatan Kurang Dari RM2500
- 5 Anak Keatas – RM2500
- 3 – 4 Anak – RM2000
- 1 – 2 Anak – RM 1500
- Tiada Anak – RM1000
2. ISI RUMAH : Pendapatan RM2501 – RM5000
- 5 Anak Keatas – RM1250
- 3 – 4 Anak – RM1000
- 1 – 2 Anak – RM750
- Tiada Anak – RM500
3. WARGA EMAS SEBATANG KARA : Pendapatan Kurang Dari RM5000
- RM600
4. BUJANG & BUJANG OKU : Pendapatan Kurang Dari RM2500
- RM350
Tarikh Terkini Bayaran Fasa 3
seperti yang sedia maklum, bayaran fasa 1 telahpun selesai disalurkan pada bulan Januari dan bayaran fasa 2 telah disalurkan pada bulan April yang lepas.
Manakala, bagi bagi bayaran Fasa 3 dijangka akan dikreditkan pada bulan Ogos 2024. Tarikh sebenar masih belum diumumkan dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari laman rasmi STR Berikut :