STR 2024 : Kemaskini Maklumat Pemohon Dan Permohonan Baharu

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Oleh itu, disini akan dijelaskan berkaitan tarikh rasmi dan jumlah bayaran STR fasa 4.

Kemaskini Maklumat Dan Permohonan Baharu

Proses kemaskini maklumat dan permohonan baharu kini dibuka bermula 1 November yang lalu. Tujuan kemaskini adalah untuk perubahan status perkahwinan, bilangan anak, penukaran nombor akaun bank dan lain-lain lagi.

Tempoh kemaskini STR 2024

Proses kemaskini dan permohonan baharu STR 2024 telah dibuka untuk pemohon bermula 1 November 2023.

Anda boleh melakukan proses kemaskini maklumat atau membuat permohonan baharu di laman rasmi STR berikut :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Bayaran Terakhir STR 2023

Untuk makluman anda, bayaran terakhir STR 2023 iaitu STR Fasa 4 akan mula dibayar dalam bulan November ini juga dan sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Leave a Comment