Terdapat pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan yang mana telah dibentangkan semasa belanjawan 2023 yang lepas. Seperti yang sedia maklum, bantuan ini akan diberikan kepada golongan B40 melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Bantuan ini adalah yang sering dinantikan oleh rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 yang mana semestinya dapat membantu rakyat sedikit demi sedikit dari segi kewangan mereka.
Seperti yang sedia maklum, STR fasa 1 telahpun disalurkan kepada rakyat sebelum ini dan menurut kenyataan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, STR ini akan membantu golongan B40 yang melibatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan hampir RM8 bilion.
Bantuan ini akan diberikan dalam 4 peringkat dan dibayar secara berfasa iaitu bermula Januari, April, Julai dan November tahun ini.
Sumbangan Sehingga RM3,100
Berikut adalah ringkasan pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat :
- Sumbangan sebanyak RM2,500 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.
- Sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas.
Ini bermakna, keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100.
- Selain itu, sumbangan kredit E-Tunai Belia Rahmah yang berjumlah RM200 kepada belia berusia 18-20 tahun.