Senarai Bantuan RM 100 – RM 1,000 Untuk Rakyat

Pelbagai jenis bantuan yang disalurkan kepada rakyat Malaysia. Ini adalah senarai bantuan berjumlah RM 100 – RM 700 untuk rakyat. Sila semak di bawah

BANTUAN KERAJAAN 2023

Melalui kerajaan Perpaduan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tentu sekali mempunyai strategi untuk lebih membantu rakyat khususnya dari segi kos sara hidup.

Salah satunya adalah melalui bantuan kewangan. Sudah tentu setiap program bantuan tujuan utamanya adalah untuk memberi golongan yang berkeperluan seperti golongan miskin tegar, B40, ibu tunggal, M40, warga emas dan lain-lain.

Berikut adalah senarai bantuan RM 100 – RM 700 untuk rakyat bagi bulan Januari 2023.

1. SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Pertama lagi adalah pelaksanaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Program ini adalah sebuah inisiatif yang diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan. Pembayaran STR Fasa 1 telah disegerakan daripada bulan Mac ke bulan Januari.

Ia adalah untuk membantu rakyat yang perlu dan menghadapi musim tengkujuh. Bayaran STR Fasa 1 secara rasmi telah mula dikreditkan pada 17 Januari dan pembayaran dilaksanakan secara berperingkat.

Jumlah bayaran bantuan adalah seperti berikut

  • RM 300 – Isi Rumah
  • RM 100 – Bujang atau Warga Emas Tiada Pasangan

2. BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Sebuah bantuan tahunan yang dikenali sebagai Bantuan Awal Persekolahan (BAP) diteruskan untuk diagihkan kepada setiap murid.

Pembayaran BAP 2023 adalah kepada semua murid tanpa melibat pendapatan bulanan ibu bapa. Pembayaran BAP RM 150 disalurkan kepada setiap murid warganegara Malaysia.

Pembayaran secara rasmi bermula 12 Januari. Pihak sekolah akan menetapkan tarikh untuk para ibu bapa / penjaga pelajar untuk datang terima bantuan terbabit.

3. BANTUAN KHAS KEWANGAN

Sebuah perkara baik untuk penjawat awam. Penjawat awam bakal terima bantuan tambahan berjumlah RM 700.

Bantuan berjumlah RM 700 diberikan kepada setiap penjawat awam yang mempunyai Gred 56 DAN ke bawah. Manakala bantuan RM 350 untuk para pesara / veteran kerajaan.

Pembayaran BKK ini telah mula disalurkan pada 17 Januari 2023 lalu.

4. BANTUAN MYSALAM

MySalam merupakan sebuah inisiatif skim perlindungan takaful kesihatan percuma oleh kerajaan yang diberikan kepada rakyat yang layak terima manfaat tersebut melalui Tabung Amanah MySalam.

Ia adalah pendapatan elaun gantuan hospitalisasi harian sebanyak RM 50 maksimum 14 hari bersamaan RM 700 setahun.

Syarat kelayakan pula adalah berdasarkan jenis penyakit yang dialami, ini adalah maklumat lanjut mengenai MySalam ;

https://bantuansemasa.com/bantuan-khas-kewangan-rm-700-diteruskan-pada-tahun-ini/

5. BANTUAN BULANAN JKM

Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), terdapat pelbagai jenis bantuan yang disalurkan setiap bulan untuk rakyat yang layak.

Antaranya adalah

  • Bantuan Kanak-Kanak
  • Bantuan Warga Emas
  • Bantuan Am Negeri

Setiap bulan, pembayaran dilaksanakan kepada setiap penerima. Jumlah bantuan tertinggi pula adalah Bantuan Kanak-Kanak dimana setiap keluarga berpeluang terima RM 1,000 sekiranya layak bergantung jumlah bilangan anak.

1 thought on “Senarai Bantuan RM 100 – RM 1,000 Untuk Rakyat”

  1. Knp pemohonan saya selalu di tolak…saya hanya merasa bantuan brim rm250 di masa awal kerajaan memberi bantuan..selepas tu langsung

    Reply

Leave a Comment