SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN TAMBAHAN STR 100 SETIAP BULAN 2024 : CHECK SEKARANG
STR atau nama rasminya ialah Sumbangan Tunai Rahmah yang disalurkan secara berperingkat dan berfasa melalui empat (4) fasa sepanjang setahun pemberian. Namun, kerajaan turut menambah pemberian bantuan kepada penerima STR iaitu bantuan tambahan sebanyak RM100 yang disalurkan setiap bulan sepanjang tahun.
Bagaimanakah semakan status penerima bantuan tambahan str 100 setiap bulan? Ikuti penjelasan lebih terperinci di sini.
APA ITU BANTUAN TAMBAHAN STR 100 SETIAP BULAN
Bantuan tambahan STR ialah diperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai atau pasaraya seluruh Malaysia dengan menggunakan MyKad sahaja.
TARIKH BAYARAN
Kementerian Kewangan menjelaskan pelaksanaan SARA akan bermula 22 Januari ini bagi penerima Semenanjung Malaysia manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima di Sabah, Sarawak dan Labuan bermula 19 Februari.
BANTUAN SARA BAGI NEGERI SABAH, SARAWAK DAN LABUAN
Jika di Semenanjung bantuan SARA adalah berbentuk kredit manakala bagi tiga negeri ini, bantuan SARA adalah berbentuk WANG TUNAI yang boleh di tebus melalui Bank Simpanan Nasional pada 19 Februari.
Bayaran akan dibuat sebanyak 2 kali setahun dan jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori.
Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan
- RM 600 (19 Februari)
- RM 600 (12 Ogos)
Bujang
- RM 300 (19 Februari)
- RM 300 (12 Ogos)
CARA SEMAK KELAYAKAN
Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan kementerian dan agensi kerajaan.