Semak Program Bantuan Kewangan Khas RM500 Sebulan

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat bagi menambahkan perbelanjaan boleh guna pada setiap bulan. Untuk makluman, bantuan ini bejumlah sebanyak RM500 sebulan dan akan diberikan kepada rakyat yang memenuhi syarat kelayakan sahaja.

Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Kadar bantuan yang diberikan secara bulanan adalah sebanyak RM500/sebulan.

Syarat Kelayakan Penerima

Berikut adalah syarat kelayakan yang yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini.

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa
    2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    1. Institusi kendalian JKM atau
    2. Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma

Kadar Bantuan

Bantuan (BWE) adalah berjumlah sebanyak RM500 sebulan yang akan disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan.

Cara Permohonan

Anda perlu membuat permohonan secara atas talian terlebih dahulu melalui portal rasmi JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) DI SINI – DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN

KEMUDIAN,

  1. Pemohon dan wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat JKM yang didaftarkan
  2. Hadir bersama borang permohonan yang siap diisi butirannya.

Borang permohonan boleh anda muat turun di portal rasmi Jkm atau anda boleh muat turun melalui pautan dibawah ini :

Leave a Comment