Semak Permohonan Bantuan Bulanan JKM Berjumlah RM500

Bantuan yang dinyatakan ini adalah Bantuan Warga Emas (BWE) yang mana permohonan bagi bantuan ini masih dibuka.

Bantuan Warga Emas (BWE)

Bantuan Warga Emas (BWE) adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi warga emas miskin tegar (yang memenuhi kriteria kelayakan).

Bantuan Warga Emas ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti dengan kadar bantuan sebanyak RM500 sebulan seorang.

Bantuan ini adalah dibawah Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah sebanyak RM500 sebulan bagi setiap penerima.

Syarat Kelayakan Penerima

Berikut adalah syarat kelayakan yang yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini.

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa
    2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    1. Institusi kendalian JKM atau
    2. Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.

Maklumat Lanjut Permohonan

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan atau sebarang pertanyaan, anda boleh melayari laman rasmi berikut :

https://manfaat.mof.gov.my/individu/bwe

Leave a Comment