Semak Kelayakan Bagi Bantuan Kewangan Berjumlah RM200 Disini

Sebuah bantuan yang berjumlah RM200 akan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan bermula pada bulan November tahun ini. Bantuan yang dinyatakan ini adalah dibawah program Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 yang mana disalurkan secara berfasa dan kini telah mencapai Fasa ke – 4.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan RM200

Bantuan berjumlah RM200 ini akan diberikan kepada kategori ini :

  1. Kategori isi rumah ( Tiada had umur )
  2. Berpendapatan RM2500 kebawah
  3. Isi rumah yang tidak mempunyai tanggungan (Tiada Anak)

Kategori Penerima STR 2023

  • ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR )
  • WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )
  • BUJANG ( 21 – 59 TAHUN ) 
  • BUJANG OKU ( 19 – 59 TAHUN )  

Kadar Bayaran STR Fasa 4

Jumlah bayaran yang dinyatakan disini adalah hanya bagi golongan B40 sahaja.

Kategori Isi Rumah B40 (Tiada Had Umur)

  • Tiada Anak – RM200
  • 1-2 Anak – RM600
  • 3-4 Anak – RM900
  • 5 Anak Keatas – RM1200

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

Telah dimaklumkan bahawa bayaran bagi STR fasa 4 akan disalurkan pada bulan November 2023 dan sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan atau anda ingin membuat semakan STR, anda boleh melayari langsung laman web rasmi berikut.

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment