Januari lalu, pembayaran fasa pertama STR sudah dikreditkan kepada rakyat. Merupakan sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat. Bayaran STR adalah sama seperti bantuan sebelum ini iaitu melalui beberapa fasa pembayaran.
STR 2023
Setelah STR Fasa 1 dikreditkan, kini giliran untuk pembayaran STR Fasa 2 dan fasa-fasa seterusnya pula. Ini adalah artikel mengenai semakan kategori kelayakan penerima STR Fasa 2.
Kelayakan disemak berdasarkan jumlah pendapatan, jumlah tanggungan dan status perkahwinan bagi yang layak.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan tunai tersebut akan memanfaatkan seramai 9 juta penerima yang layak dengan peruntukan berjumlah RM 2 bilion.
KATEGORI PENERIMA STR FASA 2
Berikut ialah kategori penerima yang layak untuk STR Fasa 2 nanti
KATEGORI ISI RUMAH
- Sudah berkahwin atau
- Ibu atau bapa tunggal / duda / janda / balu yang mempunyai anak
- Berpendapatan bulanan RM 0 – RM 5,000
KATEGORI BUJANG / TIADA PASANGAN
- Bujang atau belum berkahwin
- Ibu atau bapa tunggal / duda / janda / balu yang tiada tanggungan anak
- Berpendapatan bulanan RM 0 – RM 2,500
*Kategori yang dinyatakan adalah berdasarkan maklumat pelaksanaan BKM sebelum ini.
SEMAKAN STR 2023
Terbaru, LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh diakses melalui laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Bagi yang anda tidak tahu cara membuat semakan, berikut adalah caranya
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad pemohon
- Pengesahan Kata Laluan Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat Untuk Dipaparkan
- Nama Pemohon
- MyKad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1
Kata laluan MyStr adalah berdasarkan kata laluan MYBKM 2022.