Untuk pengetahuan anda, permohonan Bantuan Warga Emas (BWE) ini masih dibuka yang mana bantuan ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti dengan kadar bantuan sebanyak RM500 sebulan seorang.
Permohonan Masih Dibuka
Kepada warga emas yang menepati syarat kelayakan dan belum memohon adalah digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera sementara permohonan masih dibuka.
Langkah – langkah untuk memohon akan dijelaskan disini.
Syarat Kelayakan Penerima Bantuan
Berikut adalah syarat kelayakan yang yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini.
- Warganegara yang bermastautin di Malaysia
- Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa
- Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di:
- Institusi kendalian JKM atau
- Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.
Cara Membuat Permohonan
Pertama sekali, anda perlu membuat permohonan secara atas talian terlebih dahulu melalui portal rasmi JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) DI SINI – DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN
- Pemohon dan wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat JKM yang didaftarkan.
- Hadir bersama borang permohonan yang siap diisi butirannya.
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
- Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
- Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
Jumlah Bayaran Bantuan
Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah sebanyak RM500 sebulan seorang.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, anda boleh melayari laman rasmi berikut :