Seperti yang sedia maklum sebelum ini, kerajaan telah perkenalkan bantuan BPT iaitu Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar berjumlah RM500 seorang sebulan yang diberikan kepada penjaga/keluarga pesakit untuk membantu meringankan beban mereka.
Tujuan Bantuan BPT
Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga/penjaga dan menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/sakit terlantar/sakit kronik.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan ini;
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
- Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
- Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti berikut.
- Sila muat turun dan isi dengan lengkap borang-borang berikut.
Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
2. Bawa borang-borang tersebut yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari laman rasmi di,
https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bpt.html atau hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000