Bantuan

Semak Cara Permohonan Bantuan (BMT) Berjumlah RM800 Bagi Golongan Yang Layak

Pada umumnya bantuan ini tidak disalurkan kepada semua rakyat Malaysia akan tetapi diberikan kepada mereka yang menepati syarat kelayakan. bantuan ini diberikan khas kepada golongan pesawah dan pekebun kecil getah yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT).

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif Kerajaan bertujuan untuk meringankan dan mengurangkan beban kewangan pekebun kecil/penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh.

Tarikh bayaran Bantuan

Untuk tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200), Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200).

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan

Berikut adalah 2 golongan yang layak menerima bantuan ini:

  1. PEKEBUN KECIL RISDA
  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA
  • Keluasan 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot tanah

2. PEKEBUN KECIL (PENOREH BUKAN PEMILIK)

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pengesahan pemilik tanah yang sah
  • Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Permohonan Dibuka

Untuk pengetahuan anda, permohonan kini dibuka dan bagi mereka yang berkelayakan adalah digalakkan untuk membuat permohonan di laman rasmi yang dinyatakan dibawah ini.

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bmt-risda.html

Cara Permohonan

  • Permohonan & Pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 sudah bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023
  • Permohonan boleh dibuat melalui Portal Pekebun Kecil RISDA
  • Permohonan oleh Pekebun Kecil boleh dibuat di mana-mana Pejabat RISDA berdekatan
  • Permohonan oleh Penoreh hanya boleh dibuat di Pejabat RISDA di mana kebun yang ditoreh itu berada.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Pekebun Kecil Yang Bukan Di bawah Mana – Mana Agensi

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Geran asal tanah dan salinan; dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

Penoreh Bukan Pemilik

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah; dan
  • Salinan geran lot yang ditoreh; dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G; dan
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.

Pekebun Kecil Di Bawah Agensi

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan; dan
  • Geran asal tanah dan salinan (jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah); dan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif; dan
  • Surat pengesahan daripada Agensi
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G (Wajib bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan JAKOA sahaja).

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button