Bantuan ini adalah merupakan bantuan khas untuk rakyat yang dikenali sebagai bantuan barang dapur berjumlah RM300.
Bantuan ini di bawah program BINGKAS disalurkan setiap bulan kepada rakyat yang layak.
Apa Itu BINGKAS ?
Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor BINGKAS ini merupakan bantuan berjumlah RM300 akan disalurkan dalam e-wallet dimana setiap bulan ada dikreditKan kepada pemohon yang layak untuk membeli barang keperluan harian.
bantuan ini disalurkan kepada 30000 keluarga penduduk Selangor.
Manfaat BINGKAS
Berikut adalah manfaat yang akan diperoleh untuk rakyat yang menerima bantuan ini.
- e-wallet BINGKAS boleh diguna di kedai dan pasaraya berdaftar
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas berjumlah RM300
- E-wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.
Jumlah Bantuan
Bantuan barang dapur ini diberikan setiap bulan bernilai RM300 bersamaan RM 3,600 bagi tempoh setahun bagi keluarga yang layak.
Syarat Kelayakan Penerima
Berikut adalah syarat kelayakan bagi penerima bantuan ini :
- Warganegara Malaysia
- Lahir di Selangor atau dah Menetap di Selangor melebihi 10 tahun
- Keluarga yang mempunyai tanggungan dengan usia bawah 18 tahun
- Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
- Bayaran akan dikreditkan pada setiap bulan kepada penerima yang layak
Maklumat Lanjut Permohonan
Untuk maklumat lanjut, dan membuat permohonan, anda boleh melayari laman rasmi BINGKAS yang tertera di bawah ini,