Bantuan

Rumah PPR Untuk Disewa RM 170 Sebulan

PPR atau Program Perumahan Rakyat adalah sebuah perumahan terkenal di negara. Ia adalah sebuah projek kerajaan untuk menempatkan semula penduduk setinggan dan memenuhi tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah.

Ia terdiri daripada rumah-rumah pangsa berkembar atau berkembar sederhana yang dibangunkan di lokasi-lokasi strategik dan dipandu oleh Jabatan Perumahan Negara. Penyewa-penyewa PPR boleh membeli rumah mereka setelah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan.

PPR memainkan peranan penting dalam memastikan keadilan sosial dan memberi peluang kepada setiap individu untuk memiliku rumah sendiri.

KATEGORI RUMAH PPR

Terdapat 2 kategori rumah PPR yang disediakan oleh Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan yang menjadi agensi pelaksana projek-projek PPR.

  1. PPR DISEWA

Sebuah program PPR yang bertujuan untuk disewakan kepada golongan sasaran seperti golongan berpendapatan rendah atau penduduk setinggan.

2. PPR DIMILIKI

Sebuah projek yang dibangunakn bertujuan untuk golongan berpendapatan rendah memiliki rumah persendirian tanpa bayaran sewa setiap bulan.

CIRI-CIRI RUMAH PPR

Berikut adalah ciri-ciri yang ditawarkan di dalam rumah PPR yang anda miliki

PPR KAWASAN BANDAR BESAR

  • Jenis rumah adalah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat

PPR KAWASAN PINGGIR BANDAR

  • Jenis rumah teres

LUAS

  • Tidak kurang daripada 700 kaki persegi

BINAAN

  • Terdapat 3 bilik tidur, 2 bilik air / tandas, 1 ruang tamu dan 1 ruang dapur

KEMUDAHAN

  • Tempat pembuangan sampah
  • Kawasan lapang
  • Surau
  • Gerai makan
  • Dewan Komuniti
  • Kemudahan OKU
  • Tadika

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang dikehendaki untuk permohonan PPR

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah
  • Belum memiliki rumah
  • Mengikut syarat-syarat tambahan yang dikehendaki oleh kerajaan negeri

HARGA PPR DISEWA RM 170 – RM 220 SEBULAN

Buat masa sekarang, hanya PPR DISEWA yang masih dibuka untuk permohonan

  1. PPR KG BATU PUTIH – SANDAKAN / PPR TAMAN BATU PUTIH (RM 170 SEBULAN)
  2. PPR KG KIANSOM BESAR – INANAM (RM 220 SEBULAN)

CARA PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat melalui laman web rasmi KPKT

Bagi yang memenuhi syarat-syarat kelayakan dan ingin membuat permohonan, anda boleh terus rujuk Portal TEDUH KPKT PPR DISEWA 2023.

Related Articles

2 Comments

Leave a Reply to Muhammad farid b khalid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button