Ini adalah artikel mengenai respon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Pengeluaran Khas KWSP secara bersasar. Sila baca sehingga habis untuk ketahui apakah respon beliau.
PENGELUARAN KWSP SECARA BERSASAR
Semua tahu sehingga hari ini, terdapat ramai pencarum KWSP masih berharap agar Pengeluaran KWSP walaupun secara bersasar diluluskan oleh pihak kerajaan.
Pencarum turut ketahui bahawa disebabkan pengeluaran khas yang lalu menyebabkan baki simpanan turut berkurang. Disebabkan itu, para pencarum mencadangkan untuk pengeluaran secara bersasar sahaja.
MAKLUMAT TERKINI PENGELUARAN KWSP
Suara rakyat melalui Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir antara inidividu yang paling kuat bersuara memperjuangkan isi KWSP ini.
Beliau berharap agar Perdana Menteri kesepuluh Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan tuntutan rakyat tersebut.
Tambah beliau, sekiranya pihak kerajan benarkan pengeluaran khas ini, ia bermaksud kerajaan tidak perlu memberi bantuan yang banyak untuk rakyat. Dalam sudut lain, ia menjimatkan perbelanjaan negara.
Beliau turut menyambut baik keprihatinan Perdana Menteri yang sentiasa memikirkan nasib rakyat yang sedang dihimpit ini akibat kos sara hidup yang makin meningkat.
TUNTUTAN PENGELUARAN KWSP RM 10,000
Ada juga sebilangan pihak yang mengharapkan Pengeluaran KWSP RM 10,000. Antaranya Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) menggesa pihak kerajaan untuk meluluskan permintaan rakyat iaitu Pengeluaran KWSP RM 10,000 atau 50 peratus kepada pencarum yang mempunyai wang simpanan kurang daripadda jumlah tersebut.
Pengeluaran itu adalah untuk membantu meringankan beban rakyat yang dinyatakan oleh Naib Presiden parti tersebut.
RESPON PERDANA MENTERI
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.
Beliau berkata adalah lebih baik kerajaan mencari jalan dan kaedah lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan sebelum ini.
Menurut beliau, pemeriksaan yang dilakukan mendapati bahawa simpanan golongan terjejas dalam KWSP adalah terlalu rendah dan ia boleh menyebabkan lebih banyak masalah kepada mereka.
Walaubagaimanapun, respon yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri di atas adalah pada 16 Januari lalu.
Marilah bersama-sama kita berdoa agar pihak kerajaan meluluskan tuntutan Pengeluaran Khas KWSP ini.
Luluskan lah pncarum tiap² bulan ada caruman bkn nye xde…lgpun blm tntu umr pnjgng klu nk tngu hri tua,dorg ckp senang sb duit xhbs nk mkn,rkyat yg memerlukan duit ckup² mkn dgn Sara hidup mkin meningkat….
Harap dapat diluluskan pengeluaran khas KWSP bersasar sebab ramai pencarum yg tidak berkerja menanggung hutang pinjaman bank dan sara hidup yg tinggi dan ada pihak bank dah nak bankrap mereka.harap pihak kerajaan tolong lah golongan ini dgn beri lah mereka mengeluarkan caruman mereka.