RASMI : STR FASA 2 AKAN DIBAYAR APRIL INI, SEMAK TARIKH & JUMLAH BAYARAN

ini adalah salah satu bentuk usaha kerajaan untuk rakyat ialah dengan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang akan disalurkan kepada rakyat mengikut kelayakan. Bantuan ini adalah untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam meringankan beban mereka yang berkeperluan.

STR FASA 2

Seperti yang kita tahu, proses pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini adalah secara berfasa. Pembayaran bagi fasa 1 telah disalurkan kepada penerima yang layak pada 17 januari 2023 yang lepas.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2

Berikut adalah jumlah bayaran bagi STR fasa 2 yang akan disalurkan mengikut kategori,

Kategori isi rumah

  • Pendapatan Bulanan RM2500 dan ke bawah: RM200
  • Pendapatan bulanan RM2500 – RM5000 : RM200

Kategori warga emas sebatang kara 60 tahun dan keatas

  • Pendapatan bulanan RM5000 dan ke bawah: RM100

Bujang berumur 21-59 tahun, dan Bujang OKU berumur 19-59 tahun

  • Pendapatan bulanan RM2500 dan ke bawah : RM100

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 2

seperti yang sedia maklum, bayaran bagi STR fasa 1 telah disalurkan pada januari lepas.

Menurut Portal Belanjawan 2023 yang telah dikemaskini pada 24 Februari 2023, dinyatakan bahawa tarikh pembayaran STR fasa 2 adalah pada bulan April 2023.

Leave a Comment