Selain daripada Kategori Isi Rumah, Golongan Bujang turut tidak dipinggirkan dalam pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Di dalam kategori bujang, pemberian turut berbeza untuk setiap kategori bujang yang diberikan.
BANTUAN KELUARGA MALAYSIA
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan sebuah bantuan yang akan dilancarkan pada bulan Mac ini.
Pembayaran bantuan ini akan diagihkan sebanyak 4 fasa sehingga penghujung tahun 2022 ini.
Pemberian bantuan ini sudah tentu untuk meringankan beban rakyat untuk meneruskan kelangsungan hidup.
JUMLAH BANTUAN
Pemberian bantuan ini adalah berbeza mengikut kategori Bujang tersebut.
1. Kategori Bujang & Berpendapatan bawah RM 2,500 menerima
- RM 350
2. Kategori Warga Emas Bujang berumur 60 tahun dan ke atas & Berpendapatan bawah RM 5,000 menerima
- RM 600
3. Kategori Ibu / Bapa Tunggal (Bantuan Tambahan) menerima
- RM 500
4. Kategori Warga Emas Isi Rumah menerima
- RM 350
* Jumlah bantuan di atas tidak termasuk dengan bantuan tambahan BKM.
SEMAK SYARAT KELAYAKAN ANDA
- Berpendapatan di antara RM 0 sehingga RM 5,000
- Berumur 21 hingga 59 tahun atau 60 tahun dan ke atas
- Bujang atau ibu bapa tunggal / balu / duda yang tidak mempunyai anak
TARIKH PERMOHONAN BAHARU
Setakat ini tiada pembukaan untuk permohonan baharu bagi BKM 2022. Untuk pengetahuan anda, permohonan telah ditutup pada 31 Januari lepas. Manakala, permohonan rayuan bagi pemohon yang tidak lulus turut telah ditutup pada bulan Jun lepas.
TARIKH PEMBAYARAN BKM
Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia sebanyak 4 kali. Pembayaran pertama dan kedua sudah dikreditkan pada bulan Mac dan Jun lepas.
Pembayaran kali ketiga pula akan bermula pada September 2022. Tiada tarikh rasmi diumumkan setakat ini.