Sedia maklum bahawa permohonan pindaan amaun pengeluaran sudah boleh dibuat bermula 8 Mac 2021 lalu.
Kemudahan ini dilaksanakan kerana ramai pemohon yang telah membuat kesilapan ‘tidak tarik habis’ amaun pengeluaran pada tempoh hari.
Dalam tempoh tersebut terdapat sebilangan yang telah menerima maklum balas daripada KWSP berkenaan pindahan pengeluaran. Selain itu, terdapat juga pemohon yang telah menerima bayaran mengikut permohonan pindaan amaun.
Namun, masih ramai pemohon yang belum menerima maklum balas daripada pihak KWSP.
Semak Bermula 18 Mac
Kepada yang belum menerima maklum balas atau permohonan ‘sedang diproses’, KWSP membuat kenyataan bahawa semakan sekali lagi boleh dibuat pada
- 18 Mac 2021 (Khamis)
- Semakan boleh dibuat melalui portal rasmi i-Sinar
Perkara Penting Sebelum Membuat Pindaan Amaun
- Sila pastikan anda mempunyai maklumat permohonan pengeluaran i-Sinar terdahulu sebagai rujukan.
- Anda boleh mengemas kini nombor telefon dan maklumat berkaitan pembayaran seperti butiran akaun bank, amaun pengeluaran dan kaedah pembayaran.
Panduan Menukar Amaun Pengeluaran
Berikut ialah cara-cara yang telah dikongsikan
- Layar portal rasmi i-Sinar https://isinar.kwsp.gov.my/
- Klik pada Pindaan Pengeluaran kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon anda.
- Klik ‘Teruskan’
- Sahkan OTP anda yang akan dihantar melalui mesej.
- Sahkan nombor telefon dan alamat
- Pilih jumlah baru. *Anda tidak boleh membuat pindaan amaun sekiranya anda pernah memohon RM 10,000
- Jika selesai membuat pindaan amaun, klik pengesahan dan ‘saya bukan robot’ kemudian klik sahkan.
Kenapa saya nak cek pindaan pengeluaran tak boleh ya.. Saya dah isi no ic dan no telefon.. Lepas saya tekan teruskan dia papar soalan.. Setiap kali saya jawap mesti salah.. Boleh bagi penjelasan takk.. Thank you
Saya pun sama dah letak no ic dgn no fon soalan yg Saya jawab pun slh kenapa iya?
Laaa.. Ykaa ingt saya sorang jaa yang jadi .. Tapi kenapa jadi macam tu yerr.. Pening2
sama jgk saya pun sama mcm tu
Sy pun sama gak,asyik salah ja.lepas tu byran bulan seterusnya dh terima belum?sy risau bila salah jwb tu ,isinar x dpt lg.sal smpai skrg duit isinar x masuk lg .