Bantuan

Perubahan Maklumat i-Sinar Boleh Dibuat Mulai 8 Mac

 

Setelah pembayaran Kategori 2 yang telah dilaksanakan bermula 2 Mac lalu, sedia maklum KWSP turut membuat kenyataan berkaitan permohonan baharu i-Sinar tanpa syarat boleh dilakukan bermula 8 Mac depan.

Selain itu, KWSP juga membuat kenyataan berkaitan perubahan maklumat i-Sinar. Sebelum ini, ramai para pemohon yang telah membuat kesalahan tersilap memasukkan amaun keluaran dan lain-lain.

Perubahan Maklumat i-Sinar

KWSP mendengar rintihan para pemohon, disebabkan itu ahli akan diberikan kelonggaran membuat perubahan maklumat akaun permohonan i-Sinar bermula pada :


  • 8 Mac (Isnin) 
  • Sama tarikh dengan permohonan baharu i-Sinar iaitu 8 Mac juga
Perubahan Yang Boleh Dibuat 

Daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kelonggaran membuat pindahan ialah seperti berikut 

  1. Jumlah dipohon
  2. Pengubahan maklumat bank
  3. Alamat
  4. Nombor telefon
  5. Mod pembayaran i-Sinar 
Perubahan boleh dibuat menerusi portal rasmi i-Sinar.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button