Permohonan Masih Dibuka, Bantuan RM500 sebulan

Untuk pengetahuan anda, bantuan yang dinyatakan ini adalah Bantuan Warga Emas (BWE) yang mana ini masih dibuka untuki permohonan.

Tujuan BWE

Bantuan Warga Emas ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti dengan kadar bantuan sebanyak RM500 sebulan seorang.

Bantuan ini adalah dibawah Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan yang yang telah ditetapkan untuk menerima bantuan ini.

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa
    2. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di:
    1. Institusi kendalian JKM atau
    2. Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma.

Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah sebanyak RM500 sebulan seorang.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan atau sebarang pertanyaan, anda boleh melayari laman rasmi berikut :

https://manfaat.mof.gov.my/individu/bwe

Leave a Comment