BantuanBantuan Lain

Permohonan Masih Dibuka Bagi Bantuan BPT RM500 Sebulan

Bantuan BPT yang juga dikenali sebagai Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar ini khusus untuk penjaga/keluarga pesakit yang berjumlah RM500 sebulan.

Tujuan Bantuan BPT

Tujuan bantuan ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga/penjaga dan menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/sakit terlantar/sakit kronik.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerima bantuan ini;

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/ pesakit terlantar/ pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,000.

Jumlah Bantuan BPT

Jumlah yang akan disalurkan bagi bantuan BPT ini adalah sebanyak RM500 sebulan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari laman rasmi di https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bpt.html atau hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button