PERMOHONAN DIBUKA : BANTUAN TUNAI BULANAN RM500 (BWE)

Bantuan ini adalah salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat bagi menambahkan perbelanjaan boleh guna pada setiap bulan. Untuk makluman, bantuan ini bejumlah sebanyak RM500 sebulan dan akan diberikan kepada rakyat yang memenuhi syarak kelayakan sahaja.

BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar bantuan yang diberikan secara bulanan adalah sebanyak RM500/sebulan.

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi penerima bantuan ini adalah seperti berikut,

  • Warganegara dan bermastautin di malaysia
  • Warga emas dan berumur 60 tahun ke atas
  • Warga emas tersebut tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
  • Berpendapatan isi rumah tidak melebihi Purata Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Per Kapita.

PERMOHONAN DIBUKA

Anda perlu membuat permohonan secara atas talian terlebih dahulu melalui portal rasmi JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM) DI SINI – DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN

KEMUDIAN,

  1. Pemohon dan wakil perlu hadir ke mana-mana pejabat JKM yang didaftarkan
  2. Hadir bersama borang permohonan yang siap diisi butirannya.

Borang permohonan boleh anda muat turun di portal rasmi Jkm atau anda boleh muat turun melalui pautan dibawah ini :

DOKUMEN SOKONGAN

Anda perlu sertakan sekali dokumen yang berikut semasa menghadiri ke pejabat JKM Untuk memudahkan urusan pentadbiran.

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Salinan penyata gaji (jika ada).
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang kekeliruan, anda boleh melayari langsung ke portal rasmi JKM di – https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?r=portal/left&id=VEpUUXV3THFURkZETmxWNjZpQ1BXdz09

Leave a Comment