Untuk pengetahuan anda, bantuan ini adalah dibawah agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinamakan Bantuan Anak Pelihara (BAP).
Apakah Tujuan Bantuan Anak Pelihara BAP?
Bantuan ini diberikan untuk,
- Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
- Bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
- Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.
Syarat Kelayakan
Bantuan ini akan diberikan kepada,
- Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun.
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa.
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM.
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
Permohonan Dibuka
Untuk pengetahuan anda, bantuan Anak Pelihara (BAP) ini masih dibuka. oleh itu, kepada sesiapa yang menepati syarat kelayakan digalakkan untuk memohon bantuan ini.
Cara Permohonan
- Sila muat turun dan isi dengan lengkap borang-borang berikut.
Borang Permohonan Bantuan (JKM 18)
2. Bawa borang-borang tersebut yang lengkap diisi beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.
3. Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Anda boleh melayari laman rasmi JKM yang tertera di bawah untuk maklumat lebih lanjut dan membuat permohonan atas talian.