BantuanBantuan LainKerajaan

Penebusan Bantuan RM100 Masih Boleh Dilakukan

Bantuan E-Wallet berjumlah RM100 ini akan disalurkan kepada Kategori yang akan dinyatakan berikut yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-wallet / e- dompet yang terpilih.

Bantuan e-Tunai RM100 ini akan diberikan kepada rakyat warganegara Malaysia berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah dan dijangka akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia.

Kelayakan Penerima

Berikut adalah syarat kelayakan bagi mereka yang layak,

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun keatas.
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 2023.
  3. Berpendapatan dibawah RM100,000 setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Jumlah Bantuan

Jumlah bayaran yang akan dikreditkan dalam akaun E-Wallet bagi mereka yang layak dan berdaftar adalah sebanyak RM100.

Cara Penebusan

Pendaftaran dan Penebusan tuntutan kredit E-Wallet boleh dibuat bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024 melalui beberapa platform aplikasi penyedia perkhidmatan E-Wallet berikut :

  1. MAE
  2. Touch N Go
  3. Setel
  4. ShopeePay

Anda hanya boleh membuat tuntutan sekali sahaja melalui mana-mana platform aplikasi E-Wallet pilihan anda dan hanya boleh dibelanjakan secara fizikal.

Tarikh Penebusan

Pendaftaran dan penebusan bagi bantuan ini adalah bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Manakala tempoh perbelanjaan adalah bermula 4 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button