Bantuan ini adalah khusus untuk anak-anak selangor yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) pada tahun ini yang dikenali sebagai HADIAH PENGAJIAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (HPIPT).
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT)
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) merupakan salah satu inisiatif kerajaan Negeri Selangor untuk membantu anak-anak selangor yang akan melanjutkan pelajaran ke IPT dengan menyalurkan bantuan sebanyak RM1,000 kepada pemohon yang layak menerima dan khususnya untuk keluarga pemohon yang berpendapatan RM5,000 ke bawah.
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan bagi penerima bantuan HPIPT.
- Warganegara Malaysia yang lahir di Selangor atau bermastautin di selangor minimum 11 tahun.
- Mempunyai sijil pelajaran Malaysia (SPM)
- Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki semester pertama.
- Pemohon ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa di IPTA atau IPTS diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Sijil Kemahiran Tahap 4 sahaja
- Pemohon telah pun mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian.
- Pendapatan isi rumah ibu, bapa atau penjaga tidak melebihi RM5,000.
Tarikh Permohonan
Untuk permohonan baharu tahun ini akan dibuka pada 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.
Cara permohonan
Anda boleh membuat permohonan secara online di portal rasmi HPIPT seperti yang tertera Permohonan HPIPT setelah permohonan dibuka.
Note :
* Sila baca syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum membuat permohonan
* Borang pengesahan IPT asal yang telah disahkan, salinan kad pengenalan dan penyata akaun bank pemohon hendaklah dihantar sebelum permohonan ditutup.
* Permohonan yang dilakukan selepas tarikh tutup tidak akan diproses.