KWSP

Pengeluaran KWSP Bersasar Diluluskan ?

Pengeluaran KWSP Bersasar Diluluskan ? Semua tahu sehingga hari ini, sebilangan pencarum KWSP masih berharap akan adanya pengeluaran KWSP seperti yang dibenarkan pada tahun-tahun lepas.

i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas 2023 merupakan pengeluaran KWSP yang dibenarkan pada musim pandemik.

PENGELUARAN KWSP SECARA BERSASAR SAHAJA

Sedia maklum disebabkan pengeluaran khas yang dibenarkan, jumlah baki simpanan KWSP pencarum makin berkurang.

Walaubagaimanapun, disebabkan kegawatan ekonomi para pencarum berharap agar Pengeluaran KWSP dibenarkan secara bersasar sahaja iaitu terbuka kepada yang mempunyai simpanan yang kerajaan rasa mencukupi.

RAKYAT TERUS MERAYU

Melalui Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir antara individu yang sentiasa lantang memperjuangkan hak KWSP ini.

Mengenai isu Pengeluaran KWSP 2023, beliau berharap agar pengeluaran wang KWSP dapat dilaksanakan oleh Perdana Menteri.

Menurut beliau, sekiranya pihak kerajaan meluluskannya, ia sekali gus membantu kerajaan dengan tidak perlu memperuntukkan sejumlah bantuan yang besar kepada rakyat.

Beliau turut menyambut baik keprihatinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa memikirkan nasib dan masa depan rakyat yang kian tidak menentu akibat kos sara hidup yang meningkat.

PENGELUARAN KWSP RM 10,000

Terdapat juga pihak yang mengharapkan Pengeluaran KWSP RM 10,000. Contohnya, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa Kerajaan Pusat untuk membenarkan Pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maksimum RM 10,000 atau 50 peratus kepada pencarum yang mempunyai wang simpanan kurang daripada jumlah tersebut.

Naib Presiden parti tersebut berkata pengeluaran KWSP itu serba sedikit dapat membantu meringankan beban rakyat.

RESPON PERDANA MENTERI

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum sebelum membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.

Beliau berkata adalah lebih baik kerajaan mencari jalan dan kaedah lain yang lebih berkesan dalam membantu rakyat yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan.

Related Articles

37 Comments

  1. Alhamdulillah.. jika benar laa yang diwar – warkan ni … sy bersyukur sgt … sy sbgai suri rumah n mempuyai anak 3 kecil orang ,bnyak keperluan mereka masih memerlukan dengan pendapat suami pon xtetap..

Leave a Reply to Разум Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button