BantuanKerajaanKWSP

PENGELUARAN KHAS KWSP TIDAK DILULUSKAN? KERAJAAN PERKENALKAN BANTUAN RM500 KWSP

Beberapa perkara telah diumumkan semasa Belanjawan 2023 membantu golongan B40 terutamanya untuk menjana pendapatan tambahan tanpa perlu membuat pengeluaran KWSP mereka. dalam pada itu, terdapat juga beberapa bantuan yang telah diumumkan semasa pembentangan tersebut berlangsung.

Pengeluaran Khas KWSP Tidak Diluluskan?

Seperti yang sedia maklum, Belanjawan 2023 baru sahaja berlangsung pada 24 Februari 2023 yang lepas dan terdapat beberapa insentif yang telah diumumkan oleh perdana menteri kita iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada umumnya, sebilangan rakyat negara kita mengharapkan agar Pengeluaran Khas KWSP ini akan diumumkan dan dibenarkan pengeluarannya dalam pembentangan tersebut.

Akan tetapi, perkara berkaitan Pengeluaran Khas tersebut tidak dinyatakan sama sekali di dalam Belanjawan 2023 yang membawa kemungkinan besar bahawa Pengeluaran Khas KWSP tersebut tidak akan diluluskan.

Alternatif Lain Untuk Membantu Rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini telah menyatakan bahawa kerajaan sedang mengkaji alternatif lain untuk membantu rakyat yang menghadapi masalah kewangan tanpa perlu mengeluarkan simpanan KWSP mereka dan tidak akan membebankan mereka apabila bersara nanti.

Kerajaan Perkenalkan Bantuan KHAS rm500 KWSP

Pengumuman daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa caruman KWSP akan ditambah sebanyak RM500 kepada setiap individu dengan kelayakan.

  • Pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang dari RM10,000 dalam satu akaun KWSP.

Kenyataan tersebut dibuat semasa Pembentangan Bajet 2023 yang lepas. Bantuan ini merupakan salah satu usaha kerajaaan untuk memastikan simpanan bagi membiayai hari persaraan akan mencukupi kelak.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button