Pengeluaran Khas KWSP 2023 bergantung kepada kerajaan sama ada hendak merealisasikan tuntutan rakyat atau sebalik.
PENGELUARAN KWSP BERGANTUNG KEPADA DASAR KERAJAAN
Keputusan kerajaan bagi membenarkan pengeluaran tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bergantung kepada dasar jangka masa pendek kerajaan sekarang.
Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaus Rosli berkata keputusan kerajaan hari ini aka meninggalkan kesan kepada dasar jangka panjang kerajaan yang akan datang.
Katanya, namun begitu dasar ini (kebenaran pengeluaran KWSP) adalah budi bicara kerajaan dan ia terpulang kepada kerajaan untuk menentukannya.
PENGELUARAN CARUMAN BOLEH DIBERI
“Namun begitu, pendapat peribadi saya berbeza dengan ramai pakar ekonomi yang lain, ini kerana caruman KWSP bertujuan untuk membolehkan pencarum mempunyai simpanan hari tua berdasarkan kepada tahap produktiviti sepanjang tempoh umur pekerjaan seorang pencarum.
“Justeru, pengeluaran caruman boleh diberi supaya caruman boleh menabung lebih pada kemudian hari melalui peningkatan tahap pendidikan, peningkatan kemahiran ataupun harta serta aset yang lebih tinggi.
“Ini membolehkan pencarum menabung lebih selari dengan peningkatan produktiviti sekiranya kebenaran pengeluaran KWSP diberi sekali lagi.
“Manakala bantuan fiskal hanya perlu diberikan oleh pihak kerajaan melalui hasil cukai, bukan cukai ataupun hutang,’
PENGELUARAN KWSP TIADA ANCAMAN KEMELESETAN
Beliau turut berpendapat bahawa ekonomi dunia berdepan dengan ancaman kemelesetan ekonomi secara mengejut sekiranya pengeluaran KWSP dibenarkan.
Namun begitu, menurutnya, jika ekonomi negara diancam oleh kemelesetan ekonomi dunia, kerajaan harus memainkan peranan mereka untuk mengurangkan impan ini melalui hasil cukai atau bukan cukai, mahupun melalui hutang negara.
LANGKAH LAIN YANG BOLEH DIAMBIL
Beliau turut berkata 6.1 juta pencarum yang mempunyai simpanan kurang RM 10,000, selain pengeluaran KWSP antara langkah yang boleh kerajaan ambil adalah menggalakkan caruman secara sukarela melalui insentif kewangan contohnya bonus dividen.
Tambah beliau, kerajaan juga boleh memberi lebih banyak lagi peluang kerajaan yang bergaji atau berteknologi tinggi supaya caruman KWSP lebih tinggi dan meningkatkan umur persaraan supaya pencaru, dapat mencarum lebih lama.