Pemberian Bantuan RM300 Sebulan Bagi Mereka Yang Layak

Ini adalah satu bantuan yang telah dinyatakan dalam belanjawan 2023 iaitu Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) yang menghukusukan kepada OKU sahaja.

Bantuan ini adalah salah satu bentuk keprihatinan pihak kerajaan terhadap rakyat yang tidak berkemampuan untuk berkerja atau lebih spesifik lagi iaitu golongan OKU.

Tujuan Bantuan OKU (BTB)

Tujuan utama bantuan ini dilaksanakan adalah membantu golongan tersebut untuk kesinambungan hidup serta menggalakkan mereka untuk terus tinggal bersama keluarga.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan

Pemohon bantuan mestilah menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu;

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Berumur 16 tahun dan ke atas
  • Pemegang kad OKU JKM
  • Tidak berupaya bekerja
  • Pemohon bukan penghuni/pelatih:
    1. Institusi kendalian JKM.
    2. Pusat jagaan harian/berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  • Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi:
    1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa.
    2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa.

Jumlah Bantuan

Untuk pengetahuan anda, kadar bayaran bagi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) ini adalah sebanyak RM300 sebulan seorang bagi mereka yang layak.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, anda boleh melayari ke laman rasmi yang tertera di bawah.

https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/btb.html

Leave a Comment