Pemberian Bantuan Kematian Berjumlah RM 2,500

 

Khairat Kematian KWSP ialah satu bantuan yang diberikan oleh KWSP kepada waris kepada pencarum KWSP yang telah meninggal dunia.

Untuk membaca maklumat lanjut sila teruskan bacaan di bawah sehingga habis.

SYARAT KELAYAKAN TUNTUTAN KHAIRAT KEMATIAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang anda harus lengkapi untuk membuat tuntutan :

  1. Ahli yang meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara yang mendaftarkan sebelum 1 Ogos 1998
  2. Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa) Tertakluk dengan status perkahwinan ahli
  3. Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli
  4. Ahli meninggal dunia haruslah berumur sebelum 60 tahun
  5. Ahli masih mempunyai simpanan KWSP

JUMLAH KHAIRAT KEMATIAN

Waris terdekat boleh membuat tuntutan khairat kematian berjumlah 
  • RM 2,500

SENARAI DOKUMEN WAJIB DAN DOKUMEN SOKONGAN UNTUK TUNTUTAN

Berikut adalah antara dokumen wajib yang diperlukan oleh pihak KWSP yang harus waris sediakan 

1. Borang pengeluaran KWSP 9KM (AHL)

2. Sijil Kematian Ahli (Bagi anggita tentera/polis yang meninggal dunia dalam perkhidmatan perlu kemukakan Surat Pengesahan Kematian oleh majikan

3. Kad Pengenalan Diri Pemohon
  • MyKad / Kad Pengenalan Polis , Tentera / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR) atau
  • Passport, jika bukan warganegara Malaysia

*Salinan Kad Pengenalan PERLU dibuat di kedua-dua bahagian (depan dan belakang) di atas sekeping kertas saiz A4

4. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Pemohon – Buku Bank / Penyata Akaun Simoanan ATAU Penyata Akaun Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web

*Akaun bank mestilah yang dilantik oleh KWSP dan aktif.

NOTA : KWSP berhak meminta aoa-apa dokumen tambahan sekiranya diperlukan dan berhak menolak mana-mana dokumen yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

CARA TUNTUTAN

Waris perlu hadir ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan dengan anda bersama dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan.


0 thoughts on “Pemberian Bantuan Kematian Berjumlah RM 2,500”

Leave a Comment