Bantuan

Pembayaran Sebenar Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2

 

Setelah pelbagai sumber tidak rasmi yang diterima, akhirnya Kementerian Kewangan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 2.

Melalui kenyataan yang dikeluarkan, terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan. Boleh rujuk di bawah

Tarikh Pembayaran Rasmi


Pembayaran rasmi akan bermula seawal 7 Mei 2021 bersamaan hari Jumaat terakhir pada bulan Ramadan.
  • Pembayaran akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 7 Mei sehingga 12 Mei.
  • Ini bermaksud, anda akan menerima wang BPR Fasa 2 sebelum Hari Raya Aidilfitri kelak.
Manakala, pembayaran kepada penerima yang tidak mempunyai akaun bank yakni secara baucar akan bermula pada 17 Mei depan.

Jumlah Bayaran BPR Fasa 2

Sedia maklum bahawa, pada fasa 1 seluruh kategori isi rumah menerima RM 300 manakala bujang menerima RM 150.

Kini pembayaran untuk fasa 2 adalah berjumlah RM 150 sehingga RM 600 mengikut jenis kelayakan anda.

Cara Pembayaran


Kepada penerima yang dikreditkan pada 7 Mei sehingga 12 Mei, pembayaran akan dilaksanakan seperti biasa iaitu dengan terus dikreditkan ke dalam akaun bank anda.

Manakala penerima tiada akaun bank, anda boleh pergi ke mana-mana kaunter BSN bermula 17 Mei depan.

Related Articles

One Comment

  1. Harap2 duit da masuk,cek2 xlulus pla.kononnya penerima gkp.1 sen pn xdpt kot gkp tu.lps tu BPR pn xlulus jgk.apa macam la urusan MCM ni 🤦

  2. GKP untuk berniaga
    BPR nie untuk Bantuan Rakyat..
    So kenapa nak compare n bagi alasan kata Tak Lulus sbb GKP.?????

    Mmg cibai lah..

    Bukan xbersyukur or redha tapi reason tue xkena😤
    Kita dah budget sesiap untuk Raya..

    Bukan pendapatan keluarga melebihi 2k pun 😭

    Memang frust sangat..

    Dah la xleh beraya..

    Xpe.!
    Nanti time election sendiri mau ingat la..

  3. Kata BPR masuk 7mei,bila sy cek baki akaun CimbClicks lansung tak ada..i Sinar pun sama kata 3mei kasmasukkan sampai sekarang Tak Ada..Janji Manis Bagai Indah Khabar Dari Rupa

  4. Hidup perlu diteruskan…nak cuba bayangkan bnda yg x pasti lagi i sinar 2.0 dilaksanakan…HIDUP MALAYSIAKU..Brsatu kita teguh,bercerai kita kawin lagi…smoga dprmudahkn smua urusan…

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button