Bantuan

Pembayaran i-Sinar yang seterusnya bermula 1 Jun

 

Setelah pembayaran i-Lestari tamat pada April lalu, kini giliran i-Sinar pula. Untuk pengetahuan anda, terdapat segelintar penerima i-Sinar akan berakhir pada Jun ini.

Setelah diperkenalkan hampir 6 bulan, ternyata i-Sinar sangat membantu penerima lebih-lebih lagi mereka yang menghadapi masalah kewangan.

Pembayaran i-Sinar 

i-Sinar merupakan satu kemudahan dimana para pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan wang KWSP mereka daripada Akaun 1.

Kemudahan ini diperkenalkan dalam pembentangan Belanjawan 2021 pada November 2020 dan dilancarkan bermula Januari 2021.

Jadual Pembayaran i-Sinar Jun 2021


Untuk tarikh pembayaran i-Sinar Jun ini, pembayaran adalah sama tarikh seperti bulan-bulan sebelumnya.

Oleh itu, pembayaran akan dilakukan bermula 1 Jun 2021. Seperti biasa pembayaran ialah secara berperingkat.

Manakala, pembayaran turut dilaksanakan mengikut kumpulan masing-masing.

  • Anda boleh semak tarikh pembayaran daripada i-Akaun anda. 
Berikut adalah contoh tarikh pembayaran i-Sinar yang dilaksanakan pada Jun.

i-Sinar diteruskan / i-Sinar 2.0 ?


Para pencarum dan penerima i-Sinar sangat berharap kerajaan akan meneruskan kemudahan i-Sinar ini. Ditambah pula pengumaman TOTAL LOCKDOWN ynag bermula pada 1 Jun sehingga 14 Jun depan.

Related Articles

One Comment

  1. Macam mana kalau yg xde acc bank.blh mintak tlg bg link utk update terima cash tak.sbb baru² ini acc sy dah tak di guna.

  2. mcam mana nk contact kwsp berkenaan i sinar ni ye,?saya i sinar k1 pindaan 8/3 hirti xdpat2 lagi duit, cek status dah diluluskan, tapi itulah saya tak ada i akaun.mohon pihak kwsp bagi pencerahan..terima kasih

  3. Harap kerajaan dapat teruskan i-sinar hingga hujung tahun, memandangkan keadaan sekarang masih tidak stabil lagi…harap dapat dipertimbangkan…

  4. Call kwsp tanya kenapa saya dah xdpt utk bulan ni baki masih ada .. dia kata saya terima bayaran terakhir.. saya merayu tlg laaa saya xde duit ni.. maav puan saya xdpt buat apa apa.. saya tutup call than menangis

  5. Mohon i,sinar di teruskan.. hinga hujung tahun ini ….kami masih tersepit.. dlm keadaan skg ni.. tambah² lagi.. lockdown. Selama 2 mingu.. kmi mmg benar² terhimpit.. na keja cari duit pun tk blh.. mmg susah.. jd kmi mohon… Teruskan i,sinar..

  6. Tolong lah teruskan i sinar atau i lestari….mohon sgt2 pertimbangan masalah rakyat nie….tolonglah…itu hak kami…kami perlu hidup dan untuk anak2 juga….

  7. Nak tanye kalo mcm sy i sinar k1 sy batch yg pertama bln jun nie akn msk bper ari bln yer sbb dkt i akaun tarikh masih 3 jun..ada sapa2 yg k1 batch pertama dkt i akaun tarikh dia bertukar pd 1 jun

  8. mohoN atas Rasa hormat saya,Agar PM MaLaysia Dapt mEneLiti semuLa nasib para pencarum Kwsp,sekiranya Yg masih berbaki dAn Masih mencukupi untuk diLanjutkan pengeLuaran, Harap kerajaan dpt memberi keLonggaran kepda pencarum untuk melanjutkan pengeLuaran i-sinar 2.0 seLama 6 buLan Lagi… terima kasih sekiranya suara rakyat didengari, rintihan rakyat ri ambil peduLi…

  9. Setuju terus kan I SINAR, kerana kami patuh untuk tidak keluar bekerja Hanya Duduk Dirumah Demi Mengurangkan Beban Petugas KKM dan Frontliner serta membantu Kerajaan Mengurangkan Kes Jangkitan Covid Di Malaysia … Dan patuh SOP untuk tidak menjalankan operasi perniagaan yg tidak dibenarkan.

    MAKA ADALAH PERLU I SINAR SEBAGAI KESINAMBUNGAN KELANGSUNGAN HIDUP DALAM MEMAINKAN PERANAN SAMA-SAMA MEMBANTU MENAGANI JANGKITAN PENDEMIK COVID 19 DI MALAYSIA.

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button