Bantuan

Pembayaran i-Sinar Kategori 1 Mei Telah Bermula

 


Sedia maklum bahawa, i-Sinar merupakan pengeluaran wang KWSP yang dibenarkan oleh kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat sewaktu pandemik Covid-19 sama seperti i-Lestari.


Pembayaran Mei i-Sinar Kategori 1 


Sama seperti pembayaran i-Sinar sebelum ini. Pembayaran akan didahulukan kepada penerima Kategori 1 dan setelah itu Kategori 2.
Pembayaran untuk bulan Mei dijangkakan akan bermula pada 3 Mei 2021 iaitu pada hari isnin.

Pembayaran tidak dilaksanakan pada 1 Mei kerana tarikh tersebut jatuh pada hari sabtu dan sambutan hari pekerja. 

Tarikh Pembayaran Dipaparkan Pada i-Akaun Anda

Sama seperti sebelum ini, sekali lagi KWSP telah mengemaskini tarikh pembayaran untuk bulan Mei.

Melalui informasi awam, terdapat penerima yang sepatutnya dapat lewat tetapi telah diawalkan setelah pengemaskinian dilakukan.

Seperti gambar di atas, dipaparkan tarikh pembayaran terakhir ialah pada 3 Jun. Ini bermakna pembayaran untuk Mei juga ialah pada tanggal 3.
Contoh Bukti Pembayaran i-Sinar

Seperti gambar diatas, tersebut merupakan pembayaran telah dilaksanakan atau dikreditkan ke akaun bank masing-masing,
Anda boleh semak melalui i-Akaun anda sendiri.
Jadual Pembayaran i-Sinar Mei

  • Sekiranya pembayaran bermula pada 3/5/2021. Penerima yang akan menerima bayaran tersebut adalah mereka yang menerima i-Sinar April pada 1/4/2021 yang lalu.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 4/5/2021 maka penerima pada 2/4/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Jika pembayaran i-Sinar berikutnya pada 5/5/2021 maka penerima pada 5/4/2021 lalu akan menerima bayaran tersebut.
  • Dan begitulah yang seterusnya. Pembayaran ini ialah mengikut batch masing-masing.
  • Sekiranya anda tidak menerima bayaran seperti yang dijangkakan, kemungkinan besar pembayaran anda telah dipindahkan ke tarikh baharu (tidak dinyatakan).

Related Articles

One Comment

  1. Bulan pertama pada Mac katakan 5hb Mac, tetapi bulan April pihak KWSP melambatkan proses pengkreditan, sehingga ramai penerima lewat terima duit daripada tarikh yang sepatutnya, jadi kalau bulan Mei , tarikh mana satu yang akan diikutkan? Yang pertama sekali permohonan diluluskan atau tarikh yang "sengaja" dilewatkan pada bulan April?

  2. Kenapa i-sinar sy harini tidak masuk..sedangkan 1/4/2021 sy sudah menerima…malah i-sinar sy harini bila disemak status,sy dapat tiada permohonan rekod dan pembatalan akaun pindaan..sedangkan i-sinar perlu daftar satu kali jew..tp sy perlu isi balik akaun penudaan sy…jdi sy ingin tahu ats sebb apa i-sinar sy boleh jadi seperti ini…??boleh tolong jelaskan..sbb sebelum nie okey jew..

  3. Saya menerima isinar bulan April pada 1 april. Tetapi bulan mai punya bayaran sehingg kini 1 may Jam 642pm masih lagi belum diterima dia bank.

  4. Sama dngn sy…bila sy semak status akaun pindaan sy tiada dlm record..akn tetapi sy sudah menerima pd 1/4/21..sy pom tertanya-tanya, bagaimana akaun sy boleh tiada dlm record??

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button