Pembayaran i-Lestari Diawalkan Bermula Hujung Februari

 

Terdapat perubahan secara mengejut yang dikeluarkan oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkenaan dengan pembayaran i-Lestari bagi bulan Mac dan April.

Sebelum ini, kita sedia maklum bahawa pembayaran i-Lestari akan bermula pada awal bulan.

Namun, disebabkan kriteria i-Sinar yang akan dimansuhkan, jadual pembayaran i-Lestari untuk bulan Mac dan April akan berubah serta diawalkan iaitu pada 19 Februari.

Perubahan Jadual Pembayaran i-Lestari Bulan Mac Dan April

Mengikut jadual asal diatas, pembayaran bulan Februari telah bermula pada 2-15 Februari lalu. 

Manakala pembayaran i-Lestari untuk bulan 3 sebelum ini akan bermula pada 1-10 Mac 2021.

Namun disebabkan perubahan jadual yang dikeluarkan oleh KWSP, pembayaran i-Lestari bulan Mac akan bermula pada 
  • 19 Februari 2021
  • Ini bermakna anda akan menerima 2 kali pembayaran pada bulan Februari (Pembayaran Februari & Mac)
  • Jika anda merupakan batch pertama i-Lestari, anda akan mula dibayar pada 19 Februari dan seterusnya mengikut batch masing-masing sebelum ini.
Disebabkan perubahan ini juga, pembayaran i-Lestari bulan April yang dijadualkan sebelum ini pada 1 April akan diawalkan kepada 19 Mac 2021.

Cara Semakan Status Pembayaran i-Lestari Secara Online
  1. Anda perlu layari laman web rasmi i-Lestari secara online melalui pautan yang diberikan disebelah https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status.php  
  2. Anda perlu memasukkan Nombor Kad Pengenalan dan Nombor Telefon Bimbit yang disahkan.
  3. Klik captcha “saya bukan robot” dan klik butang semak.
Sumber : kerjasemasa.com

0 thoughts on “Pembayaran i-Lestari Diawalkan Bermula Hujung Februari”

  1. Sya penerima i lestari batch 7 pun x dpt lgi.. Skrg dh 2hb 3.. X dpt x pe.. Asal kn dlm akaun kwsp sya x kurang.. Jgn dlm akaun dh tolak tpi x msuk akaun bank.. Bahaya tu..

    Reply
  2. Sory adah yg sla tulis . Mna tahan balik2.. p bnk bagus kaku dkt ni tambang ja pun Rm6 mna ada duit kerja pun tida bilang 2mac tida pun masuk duit di kaun bsn saya smpai skrg 4mac suda ni kalu boleh bsok ada masuk suda . tak tahan suda lapar ni 2hari suda tida mkn tida duit kerja pun tida

    Reply
  3. Saya pun sama. Dapat sms 19/2, duit dah masuk, tapi check xde.
    Bila check di i-akaun, tiada transaction dibuat.
    Diharap KWSP dapat buat payment macam yg dirancangkan.
    Sbb ada yg dapat, Dan ada juga yg tidak dapat.

    Reply

Leave a Comment