Bantuan

Pembayaran BPR Fasa 2 Dilaksanakan Sebelum Aidilfitri

 

Kebelakangan ini  heboh berita berkenaan pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2. Hal ini berlaku disebabkan tarikh pembayaran yang semakin dekat.


Pada pengumuman pembayaran Fasa 1 yang lalu (Februari), Menteri Kewangan ada menyatakan bahawa pembayaran Fasa 2 akan bermula pada Mei.

Pembayaran Fasa 2 BPR


Mei merupakan bulan di mana umat Islam akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Sudah tentu rakyat akan keluar pergi membeli makanan, minuman, pakaian dan lain-lain sempena Hari Raya.

Oleh itu, rakyat sangat mengharapkan agar pembayaran dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri menjelma.

Ramai pihak yang menjangkakan bahawa pembayaran sudah tentu akan dilaksanakans sebelum Aidilfitri termasuklah Berita TV3.

Berita TV 3


Sama juga, pihak TV 3 turut menganggarkan pembayaran BPR fasa 2 akan dilaksanakan sebelum Aidilfitri.

Anda boleh lihat gambar di bawah yang menjelaskan secara visual tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Dinyatakan bahawa pembayaran dilakukan pada sebelum perayaan Aidilfitri nanti.

umlah Bantuan BPR 2021 Isi Rumah Mengikut Pendapatan


Kategori 1
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada Pendapatan Isi Rumah RM 2,500 dan ke bawah
  • Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 1,800 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.

Kategori 2
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 2,501 hingga RM 4,000
  • Bantuan berjumlah RM 800 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 1,200 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori 3

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
  • Bantuan ini diberikan kepada yang Berpendapatan Isi Rumah RM 4,001 hingga RM 5,000
  • Bantuan berjumlah RM 500 bagi yang mempunyai 0-1 orang anak
  • Bantuan berjumlah RM 700 bagi isi rumah yang mempunyai 2 orang dan lebih anak.
Kategori Bujang
  • Bantuan ini akan diberikan kepada Bujang yang berpendapatan RM 2,500 ke  bawah
  • Terbuka kepada bujang berumur 21 tahun dan ke atas
  • Jumlah bantuan ialah RM 350 seorang

Related Articles

One Comment

Leave a Reply to Vikneswari A/p Kathirason Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button