APAKAH ITU BKC ?
Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung bagi meringankan beban atau kos sara hidup rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun ini.
BKC ini diumumkan pada pengumuman pakej PEMULIH tempoh hari.
TARIKH BAYARAN
Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai tarikh pembayaran BKC, jadi berikut adalah maklumat mengenainya.
Pembayaran akan bermula pada bulan Ogos dengan jumlah bantuan sehingga RM 500 mengikut kategori.
Seterusnya, pembayaran seterusnya akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember dengan jumlah maksimum bayaran adalah RM 500 dan RM 300 mengikut kategori anda.
SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK MEMOHON BKC ?
Anda haruslah :
- merupakan warganegara Malaysia
- Kategori pendapatan : Miskin tegar / B40 / M40
- Klasifikasi : Isi rumah / Warga emas sebatang kara / Individu bujang
CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN ?
Untuk pengetahuan anda, untuk BKC
- tiada permohonan diperlukan
- Pengesahan penerima BKC akan dilakukan melalui semak silang pangkalan data BPR dan LHDNM
Supaya anda faham lebih lanjut mengenai pengesahan penerima BKC, sila rujuk maklumat di bawah :
Jika anda kategori Miskin Tegar dan B40 : Data pengesahan akan melalui permohonan BPR 2021.
Tetapi, jika anda merupakan kategori M40 : Data pengesahan akan melalui rekod percukaian LHDNM.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan anda boleh hubungi talian hotline di
- 1 800 88 2747
Hai
hi
hye