Nilai Bantuan STR Fasa 1 Mengikut Kategori

Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah. Pengumuman ini dibuat melalui media sosial rasmi Perdana Menteri. Mesti ramai yang tertanya-tanya, apakah itu Sumbangan Tunai Rahmah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR

Sumbangan Tunai Rahmah merupakan sebuah bantuan yang dijenamakan semula. Sebelum ini ia merupakan sebuah bantuan dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Oleh hal demikian tiada perbezaan di antara bantuan tersebut, cuma nama sahaja yang diubah.

Objektif utama bantuan ini adalah untuk membantu rakyat yang berkeperluan dengan memberi sumbangan berbentuk kewangan.

NILAI BANTUAN STR FASA 1

Tiada perbezaan jumlah bantuan diantara STR dan BTR Fasa 1 iaitu RM 300 untuk isi rumah, warga emas tiada pasangan RM 100 dan RM 100 untuk bujang.

SIAPA YANG DAPAT STR FASA 1

Menurut informasi yang diberikan melalui Facebook rasmi Perdana Menteri, pembayaran STR Fasa 1 adalah untuk golongan kategori B40.

Oleh hal demikian yang layak terima bantuan adalah kategori B40 bagi golongan isi rumah, warga tua tiada pasangan dan bujang.

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Pembayaran secara rasmi bermula 17 Januari 2023 ini. Walau bagaimanapun, pembayaran mula dikreditkan kepada penerima khususnya pemegang kad Bank Simpanan Nasional (BSN) sejak malam 15 Januari lagi.

Oleh itu, pembayaran adalah secara berperingkat. Diharapkan semua bakal penerima sabar menunggunya.

TERIMA TUNAI DI KAUNTER BSN

Bermula 17 Januari 2023, pembayaran secara tunai boleh diterima melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan untuk hanya untuk penerima yang tiada akaun bank sahaja.

Leave a Comment