Program yang akan memberi bantuan sehingga RM 1,000 dikenali sebagai PERANTISAN. Untuk pengetahuan pembaca, program ini telah ditambah baik selepas kerajaan mendengar maklum balas daripada pihak industri.
Oleh yang demikian, program berikut adalah lebih baik daripada program yang dilancarkan sebelumnya.
Contohya, program ini telah memanjang waktu latihan sehingga 6 bulan agar peserta mendapat ilmu yang cukup.
Jumlah Bantuan
Permohonan akan diberikan sehingga 6 bulan mengikut kesepakatan antara majikan dan pekerja. Manakala, jumlah insentif atau elaun atau gaji atau bantuan yang bakal diterima ialah
- sehingga RM 1,000
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan sudah lama dibuka. Ia dibuka bermula pada
- 15 April lalu
Syarat Kelayakan
Berikut merupakan syarat yang ditetapkan untuk majikan dan pekerja :
1) Syarat untuk pihak majikan
- Majikan hanya menggajikan graduan atau lepasan sekolah yang berumur antara 18-30 tahun sahaja
- Setiap perantis yang tersenarai hanya boleh ikuti 1 kursus sahaja
- Majikan boleh memberi gaji mana-mana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh badan yang berkelayakan
- Manakala, majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya supaya boleh menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan
2) Syarat untuk pihak perantis / bakal pekerja / pemohon
- Pemohon adalah seorang yang tidak bersekolah / lepasan sekolah
atau
- Graduan masih menganggur dan tidak mempunyai kerja tetap
- M dibenarkan untuk memohon
- Pemohon haruslah warganegara Malaysia
Cara Permohonan
1. Majikan
- Majikan boleh daftar dan iklankan kekosongan jawatan pekerjaan di laman web kerajaan seperti berikut
- Majikan boleh membuat permohonan insentif di laman sesawang berikut
2. Perantis / Pemohon
- Bakal perantis boleh membuat permohonan melalui laman sesawang kerajaan seperti di bawah
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pemohon boleh hubungi nombor di talian berikut :
- 1-300-22-8000
sy pnah sekali je dpt bpr..2 pon 3tahun lpas.. skunk sy xpnah dpt apa2 bantuan pon.. sy ibu tunggal anak 4owg.. jdy sy da xberharap sgt… sbb mcm harapan palsu menanti bnd yg xpasti..sekian
Setiap thn awk kna kemaskini dulu wak.