Bantuan Lain

Mohon Bantuan RM 100 Sehari Sekarang Juga

 

Agensi Pengurusan Bencana Negara atau Nadma dengan sukacita melanjutkan Bantuan Khas Covid-19.

Agensi Pengurusan Bencana Negara atau NADMA merupakan sebuah agensi pengurusan kecemasan kerajaan Malaysia. NADMA berfungsi sebagai 
  • penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bayaran bantuan akan diberikan kepada pemohon yang layak berjumlah
  • RM 100 sehari sehingga maksimum 14 hari sahaja
  • Bayaran ialah secara one-off
  • Pemohon haruslah tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 atau
  • Menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM 100

Mesti anda sedang menunggu, apakah syarat yang diperlukan. Berikut ialah syarat kelayakan 
  • Pemohon seorang warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji kerana :
  1. menerima Perintah Kuarantin Covid-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atau
  2. menjalani rawatan Covid-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate)
SENARAI PEMOHON YANG TIDAK LAYAK MENERIMA BANTUAN
  1. Bukan Warganegara Malaysia
  2. Tidak bekerja di Malaysia atau tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawalan dan Pemerhatian
  3. Mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian atau sewaktu menjalani rawatan di wad hospital.
Sekiranya anda merupakan salah satu daripada senarai di atas, harap maaf anda tidak layak untuk mendapat bantuan tersebut.

CARA PERMOHONAN

Berikut ialah cara permohonan yang anda perlu tahu, sila baca dengan teliti panduan di bawah 

1) Anda perlu sediakan / sertakan dokumen wajib seperti berikut :
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Surat Kuarantin COVID-19 atau discharge note atau medical certificate dari hospital bagi pesakit yang dirawat kerana COVID-19
  • Salinan muka depan penyata bank / buku akaun bank yang masih aktif
2) Langkah seterusnya ialah, anda perlu muat turun dokumen berkenaan :

  • Borang permohonan Bantuan Khas Covid-19 (Lampiran A)
  • Borang Akaun Kehilangan Pendapatan (Lampiran B)
Pautan Borang
3) Hantar permohonan kepada 
  • Whatsapp 011-1321- 8056 (hanya untuk penghantara dokumen sahaja, pertanyaan tidak dibenarkan) atau
  • email ke bkcovid19@nadma.gov.my atau
  • Pos kepada alamat berikut 
Alamat : 

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya
(u.p. : Sekretariat KWABBN : Bantuan Khas Covid-19)

CARA BAYARAN

Bayaran bantuan akan dibuat secara EFT kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

Related Articles

One Comment

  1. Saya dh hantar segala dokumen yg di perlukan melalui whatsapp..Tp sampai skrg x de jawapan samada saya layak dpt bantuan tu ke x?? Saya kena covid bulan 3 yg lps..

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button