KerajaanKWSP

KWSP : Wang Simpanan Kini Boleh Dikeluarkan Dengan Syarat Berikut

Pengeluaran KWSP kini telah dibenarkan tetapi secara sebahagian sahaja melalui akaun 2 KWSP pencarum mengikut syarat – syarat tertentu yang telah ditetapkan.

Kemudahan ini telah disediakan oleh pihak KWSP sejak dahulu lagi untuk memudahkan para pencarum membuat pengeluaran secara bersyarat.

Simpanan Akaun KWSP

Terdapat 3 jenis akaun di dalam simpanan KWSP iaitu Akaun 1, Akaun 2 Dan Akaun 3 yang mana. Akaun 1 adalah untuk pengeluaran penuh manakala Akaun 2 hanya untuk pengeluaran sebahagian wang simpanan sahaja dan Akaun 3 untuk pengeluaran tanpa syarat dan boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Oleh itu, dijelaskan disini berkenaan syarat – syarat yang dibenarkan untuk pengeluaran KWSP Akaun 2.

Syarat – Syarat Pengeluaran Khas KWSP

  1. PEMBELIAN RUMAH
    • Pencarum warganegara dan bukan warganegara boleh mengeluarkan wang KWSP Akaun 2 untuk membuat pembelian rumah.
  2. MENCAPAI UMUR 50 TAHUN
    • Pencarum boleh mengeluarkan keseluruhan wang simpanan dalam Akaun 2 setelah mencapai umur 50 tahun.
  3. MELAKSANAKAN HAJI
    • Pencarum yang berumur 55 tahun kebawah yang ingin melaksanakan haji boleh mengeluarkan simpanan KWSP Akaun 2.
  4. MENGALAMI MASALAH KESIHATAN
    • Pencarum yang mengalami masalah penyakit kritikan dan memerlukan kos rawatan yang tinggi dibenarkan untuk mengeluarkan sebahagian wang simpanan KWSP Akaun 2.
  5. PEMBINAAN RUMAH
    • Terdapat 2 kategori pembinaan rumah yang membenarkan pengeluaran wang simpanan KWSP Akaun 2 iaitu, peminaan dengan pembelian tanah atau pembinaan di tanah milik sendiri.

SYARAT – SYARAT YANG LAIN ADALAH SEPERTI BERIKUT,

  • PENDIDIKAN
  • MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PERUMAHAN
  • ANSURAN BULANAN PINJAMAN PERUMAHAN
  • PERUMAHAN FLEKSIBEL
  • PERUMAHAN PRIMA
  • SMPANAN MELEBIHI RM 1 JUTA

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lebih lanjut atau pertanyaan, anda boleh melayari portal rasmi KWSP yang tertera dibawah.

https://www.kwsp.gov.my/ms/home

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button