Bantuan LainKWSP

KWSP BERI BANTUAN BERJUMLAH RM 250

 


i-Saraan KWSP merupakan salah satu inisiatif di bawah SKIM PENJANA yang telah diumumkan pada Mei 2020.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap insentif ini akan mendorong lebih ramai pekerja sektor berkenaan mencarum dalam program ini.

i-SARAAN KWSP

Insentif  Persaraan atau i-Saraan ini adalah caruman sukarela membolehkan suri rumah serta yang bekerja sendiri untuk tetap membuat caruman seperti pekerja awam dan swasta setiap bulan.

Sebagai ahli insentif atau pencarum, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% atau jumlah maksimum RM 250 setahun.

MANFAAT DITERIMA

Berikut adalah antara manfaat yang bakal diterima oleh pencarum.
  • Menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap
  • Pencarum mampu menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda
  • Membolehkan pencarum menerima insentif maksimum RM 250 setahun
  • Bantuan kematian RM 2,500 disediakan

SENARAI YANG BEKERJA SENDIRI

Di bawah merupakan senarai golongan yang bekerja sendiri dan boleh membuat permohonan i-Saraan :
  1. Petani
  2. Nelayan
  3. Pemandu teksi / e-hailing
  4. Pengasuh bayi
  5. Ejen insurans dan hartanah
  6. Freelancer seperti penyanyi, pelakon, perunding lain-lain
  7. Pemilik perniagaan dalam talian 
  8. Pemilik perniagaan
  9. Pemilik praktis sendiri
  10. Sudah berpencen
  11. Suri rumah

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan
  • Warganegara Malaysia
  • Pencarum KWSP
  • Berumur 55 tahun ke bawah

CARA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Kepada yang berminat untuk membuat permohonan i-Saraan, anda boleh hadir ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan bersama dokumen di bawah :
  • MyKad
  • Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (PENDAFTARAN KALI PERTAMA) MUAT TURUN BORANG
  • Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (SEMASA BAYARAN) MUAT TURUN BORANG
  • Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
  • Minimum pembayaran – Tiada had
  • Maksimum pembayaran – RM 60,000 setahun
Sumber : kerjasemasa.com

Related Articles

One Comment

  1. Kerajaan banyak bagi bantuan tapi masih ada yg kelaparan…mangsa banjir memerlukan sekurang2nya perbelanjaan isi rumah tinggi untuk digantikan yg baru……pendemik covid19 menjadikan rakyat sengsara menanggung hutang

  2. Baik dulu masa abah jadi PM perihatin pada rakyat yang dalam kesempitan hidup..dapat keluarkan KWSP..ada macam2 pakej i yang dia buat untuk rakyat..tapi PM sekarang eemmm

  3. Kerajaan tak banarkan pengaluaran wang kwsp sebab kerajaan gunakan wang itu untuk kegunaan sendiri…bila rakyat nak minta keluarkan kerajaan banyak alasan..klu kerajaan buat alasan untuk hari tua rakyat,klu hari ini tak ada apa lagi di hari tua,semua duit rakyat lesap bgtu saja

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button