BantuanInformasi

Kerajaan Sedia Kaji Bantuan Tambahan Kepada Rakyat

 Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed Kementerian Kewangan sedang mengkaji dengan teliti langkah-langkah bagaimana kerajaan boleh beri bantuan tambahan kepada rakyat.

Rakyat Mengharapkan Bantuan Terbaru

Beliau berkata kerajaan sedar bahagian rakyat mengharapkan pengumuman pakej bantuan tambahan yang baharu, susulan daripada pengumuman Pelan Pemulihan Negera oleh Perdana Menteri.

“Kerjaan cukup faham denyut nadi rakyat bantuan masih ada kerana tidak semua peruntukan diumumkan sebelum ini telah dibelanjakan.

“Perdana Menteri sudah mengarahkan Menteri Kewangan untuk mengemukakan cadangan dan saya percaya beliau (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sedang giat mengkaji cara-cara bagaimana kerajaan boleh memberikan bantuan tambahan (kepada rakyat),” katanya semasa temu bual dalam program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 380 bilion atau bersamaan 28 peratus daripada KDNK menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi.

Mustapa berkata setakat ini hanya lebih daripada RM 200 bilion sudah dibelanjakan dan masih terdapat baki.

Sumber : BERNAMA

Related Articles

One Comment

  1. Bukan sekadar bantuan yg sy ingin kan tapi sy inginkan kebenaran untuk anggota barisan hadapan untuk berjumpa dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta .. itu lebih berharga daripada sehelai wang kertas .. tolong ketengah kan isu ini ..

  2. Sy prerlukan bantuan kewangan sy nk byr duit sewa rumah api air astro nk renew learn mati umah sewa sngkut sbln jika bln ini xbyr nk masuk 2 bln sewa rumah sngkut…nk isi minyak kereta nk Cari rezeki lg..tolong ler

  3. saya cadangkan kerajaan buat satu app utk rakyat..dan dalam app tu terdapat baucar perbelanjaan utk satu keluarga..amaun baucar bergantung kepada jumlah bilangan ahli keluarga yang ditanggung..bagi duit nih kadang² ada yang tersalah guna..

  4. Betul moho i sinar dikeluarkan..suami sy tk berkerja ank lapan org sy pun tk berkerja..ank nk susu pepes yg lain pun nk mkn..kami nk isinar dikeluarkn..

  5. Itu bgi awk yg bkje..tpi bgi org yg x bkje..tiada pndapatan ..sehelai kertas wang sgt bernilai tau…mcm mna nk mkn dn tnggung kluarga klu wamg tiada..

  6. Terus bantuan BPN 3.0 utk B40 & M40 Dan I-Sinar 2.0. hanya dgn cara it saja rakyat dpt menampung kelangsungan hidup masa pendemik yg amat teruk skrg.Kesan lebih mendalam skrg terhadap rakyat M'sia. Hrp menteri PN fhm dgn keadaan skrg berbanding PKP 1.0.

  7. Saya ingin pengeluaran KWSP semula,lama tidak kerja, i-sinar saja dapat meringankan kelangsungan pembelanjaan bayar hutang

  8. Sya pon tertekan sekarang ni..dh lah duit bpn xdpt..kata gji melebihi 5k..sdg kn nk mkn pon xckup..bt rayuan pon bln 8 bru dpt..tu pon klu layak..dh lah kilang suami skrg ni xdew ot..mkn gji pokok je..sya brniaga pon skrg ni xmnjdi..last2 sya ttup terus gerai sya..modal habis untung xdew..😣😣😢😢klu blh tlg prcptkn proses rayuan bpn..supaya dpt lbih awl..dlm bln 7 ke🙁🙁

  9. Percptkn proses bpr..duit i sinar pon dh tamat..xthu cre mne nk cri duit lgi..nk mntk kje skrg ni mne ade org nk ambik..

  10. Sekarang ni pkp masih disambung,knapa rayuan bpr kena dtg kaunter kena buat temujnji,knpa xda buat rayuan melalui online jak..buat rayuan online lagi selamat dripada buat temujnji berbaris panjang² depan kaunter…

  11. Saya punya gkp tak lulus…. Suami xkerja menderita PENYAKIT ANXIETY DESORDER ada dua org anak yg d tangung…. Keluarga semua xda kerja ..mengharap gkp pun xlulus cuba'an

  12. Ya setuju I sinar diteruskan lagi 2.0 lestari xdok pity abies .cadangkan baucher2 utk wanita membeli barang2 dapo saya pun majikan xbyar gji Bulan ni klo gji besar xpe jugak…semoga dipermudahkan ank2 lockdown ni lgi la perbelanjaan byak gk guna kn bukann X jinat cermat tpi pham2 la klo gji rendah ank2 4 org ..memang semua terkesan sgat2.. semoga Allah permudahkan urusan2 kita aamiin aamiin

  13. Ya btl, sy dgn suami skrg da ta blh brkerja, ank ad 3 org, rumah na kne byar, moto na kne byar, brng dpur na kne bli.. mohon la ad bntuan tambahan, gkp lulus tpy bpr ta lulus, mniage skrg pon ta jalan mne sbb org smue kekurangan pndapatan.. mohon la ad bntuan y tanpe syarat y ketat.. ank2 prlukn mknan y seimbang..

  14. Saya betul2 tak faham..
    Kenapa degil sangat Menteri2 ni yea…Kami nak duit kami saja..kami tak nak bantuan Kerajaan…faham tak..pls look into it…saya sebagai contoh bulan Nov akan berusia 50 tahun…jadi apa salahnya biar saya keluarkan duit saya beberapa bulan awal? Saya rasa ramai lagi yg seperti saya…tahun ni berumur 50 atau 55 tahun…biarkan kami keluarkan duit pls…sepatutnya CEO KWSP patut bagi cadangan atau cara utk menolong rakyat…sejak mula pkp tahun lepas hingga skg saya tak dapat kerja. .I'm suffering right now…don't you people understand…

  15. Setuju..yg di cadangnya kat situ bole kata kan salah ruang…meskipun ianya perlu…tapi apa yg sgt prlu kini ialah bntuan tunai….yg lain² cdangan tolak tepi dlu….

  16. Assalm…mcm saya mmg b40 .. Suami
    x chat sakit ad msalh jntung saya pn ad masalh kaki bngkk dan jantung bngkk..dan kami juga mmg asnaf..Segala bntuan bpn,brim, saya dapt selalu..saya peniaga kecil²an…klau x buat ssm mmg x leh niaga sebb suami mmg x de kje lain…setelah negara trjejas dgn pandemik ni…saya telah mohon bantuan niaga gkp…tapi tahun ni sungguh malang nasib kluarga kami..bila yg mohon gkp x dpt bpr…dan bntuan lain kami x dpt…i sinar x de lngsung…suami kje dulu x prnah ad pn kwsp naik dividen..sungguh sedih…kmudian niaga pn x de..kje lain pn x de…hutg nk byr..mniaga mmg x bolsh nk mniaga ..nk dpt sebngkus seminggu pn payah…x tau nk kata ap…harap ad lah bntuan lain utk org yg dpt gkp..dan x dpt bpr ni…hrap memahami kami yg sangat terjejas nii…

  17. Saya sampai sekarang masih belum berkerja, saya minta jasa baik menteri, datuk2 member peluang kepada saya untuk pengeluaran kwsp untuk kali ke 2.

  18. Mohom kerajaan dn kwsp membenar pencarum yg berumur 50 thun dan keatas yg sdh lama x bkerja serta tdk menpuyai apa2 sumber pndapatan di benar mmbuat pengeluaran lbih awl….memang betul, smpanan kwsp adalh bekalan untuk hari tua tetapi dgn situasi skrg ini duit kwsp itu lebih diperlukan tika ini berbanding dihari tua yg blum pasti tiba nya

  19. Sy amat2 setuju….lg pun sy sdh bertahun tahun lama nya sy tdak lg seorng pencarum….klu di fikir dgn logi kita menyimpan untuk digunakn ketika kita sesak dan terdesak

  20. Agreed..kat msia ni umur 45 thn ke atas susah dh org nak amik bekerja..nak tunggu duit epf yg 55 thn lambat lg dan entah sempat tidak..apa la susah sgt nak buat keputusan isinar 2 ni..duit kami kut…

Leave a Reply to Unknown Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button