KWSP
Trending

Kerajaan Gesa Benarkan KWSP Sebelum Buka Sekolah Mac Ini

Sebuah Pertubuhan telah menggesa pihak kerajaan agar benarkan Pengeluaran KWSP sebelum buka musim persekolahan bulan Mac ini. Semak info lanjut di bawah

BENARKAN SEBELUM SESI PERSEKOLAHAN MAC INI

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) meminta kerajaan meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2023 dibuka Mac ini.

Menurut Presiden PGIRM, Encik Azmi Mohd Tahir bekrata ini kerana kebanyakan pencarum tiada pilihan susulan keadaan yang memaksa menjadi faktor utama mereka menuntut pengeluaran berkenaan.

“Perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami ingin menjelaskan bahawa selepas beberapa sesi soal jawab bersama pencarum yang tertekan dan terdesak, kami mendapat bahawa hampir kesemua pencarum yang ditemui bukanlah mereka bergantung sepenuhnya pada wang KWSP semata-mata.

“Tetapi keadaan memaksa, maka tiada pilihan lain selepas pencarum sangat terkesan dan terbelenggu dengan kos sara hidup yang terus meningkat dan menekan hidup mereka.

HARGA BARANGAN KIAN MENINGKAT

Tambah beliau, “Satu demi satu harga barangan naik dan ini tidak dapat menampung kelangsungan hidup rakyat atau pencarum kerana dengan pendapatan tidak seimbangan dan pekerajaan yang tidak stabil.

“Justeru dengan hanya satu jalan terakhir, adalah dengan membenarkan pengeluaran kecemasan KWSP ini secara bersasar bagi pencarum meneruskan kelangsungan hidup mere,” katanya dalam kenyataan semalam.

300,000 PENCARUM MENUNTUT PENGELUARAN

PGIRM membawa suara pencarum dianggarkan sekitara 300,000 orang yang menuntut pengeluaran KWSP secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik pada waktu ini.

Walau bagaimanapun, sebelum ini Perdana Menteri berkata kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum KWSP sebelum membenarkan lagi pengeluaran bersasar itu.

MENDESAK DAN MENCARI JALAN

Saudara Azmi menegaskan bahawa beliau akan terus mendesak dan mencari jalan supaya tuntutan pengeluaran kecemasan KWSP diluluskan dengan kadar sesegera.

“Kami sudah tiada daya lagi cara bagaimana untuk mendesak supaya pengeluaran kecemasan secara bersasar ini direalisasikan tetapi sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menegakkan hak asasi manusia, kami akan terus mendesak.

“Pencarum memerlukan wang simpanan titik peluh mereka sekarang,” ujar beliau.

Sumber : UTUSAN MALAYSIA

Related Articles

3 Comments

  1. Berharap sangat2 kerajaan melukuskan kerana sy nk guna duit tu utk siapkan rmh yg terbengkalai, rmh tu pun hasil dr pngeluaran kwsp yg sblm ini tp masih ada lg sikit yg blum siap dan skrg sy dan keluarga masih lg menyewa,dngan suami bekerja seorang tp gaji x tetap amat membebankan kmi sekeluarga skrg, harap kerajaan blh mempertimbangkan

  2. Saya amat menyokong seandainya Pm dpt mempertimbangkan permintaan rakyat marhain ini…. Kerana keberkatan sesuatu pimpinan terletak kepada kegembiraan Rakyat….

Leave a Reply to MD FAIZAL BIN ZAKARIA Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button