btr

KATEGORI YANG LAYAK BAGI BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR) FASA 1

Mesti ramai yang tertanya-tanya mengenai kategori yang layak bagi Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang bakal dilaksanakan pada bulan ini. Oleh itu, mari sama-sama kita semak.

DEFINISI BANTUAN TUNAI RAKYAT

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) merupakan sebuah bantuan kerajaan yang dibayar melalui beberapa peringkat. Pemberian bantuan ini adalah untuk meringankan beban rakyat yang layak.

Ia merupakan satu langkah bijak kerajaan untuk sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya.

KATEGORI YANG LAYAK

Buat masa ini, bukan semua perkara diumumkan secara terperinci oleh pihak kerajaan termasuklah Bantuan Tunai Rakyat (BTR).

Apa yang pasti, kategori yang layak bagi Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah

  • Isi Rumah
  • Bujang

Walau bagaimanapun, pertanyaan masih terjadi termasuklah kategori isi rumah yang mana satu layak terima ? Diharapkan dalam beberapa hari mendatang pihak kerajaan mengumumkan secara lebih terperinci mengenai kategori kelayakan BTR 2023 Fasa 1 ini.

JUMLAH BANTUAN

Jumlah bantuan yang bakal disalurkan pada BTR Fasa 1 kali ini adalah berjumlah

  • RM 300 – Untuk Isi Rumah dan
  • RM 100 – Untuk Bujang

TARIKH BAYARAN

Dijangkakan pembayaran bakal bermula minggu ketiga atau keempat pada bulan Januari ini. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan sudah umumkan bahawa pembayaran bantuan ini adalah pada Januari. Oleh itu, marilah sama-sama kita menunggunya.

CARA BAYARAN

Hanya terdapat 2 cara bayaran untuk terima Bantuan Tunai Rakyat ini iaitu

1.Secara Kredit Ke Akaun Bank Penerima Yang Sudah Didaftar

2. Terima Di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) Berdekatan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button