Kategori Yang Dinyatakan Akan Menerima Bantuan Kewangan Akhir Tahun Ini

Bantuan yang dinyatakan ini adalah dibawah program Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 yang mana disalurkan secara berfasa dan kini telah mencapai Fasa ke – 4. Bantuan ini akan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai penjenamaan semula skim Bantuan Keluarga Malaysia.

STR yang diperkenalkan ini akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima B40 yang terdiri dari golongan warga emas, isi rumah dan golongan bujang. Bantuan ini akan disalurkan secara berperingkat dan berfasa dan kini telah mencapai Fasa ke-4.

Kategori Penerima STR Fasa 4

  • ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR )
  • WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Kategori Isi Rumah B40 Tiada Had Umur ( Pendapatan RM2500 Ke Bawah )

  • Tiada Anak – RM200
  • 1-2 Anak – RM600
  • 3-4 Anak – RM900
  • 5 Anak Keatas – RM1200

Kategori Isi Rumah Tiada Had Umur ( Pendapatan RM2501 – RM5000 )

  • 3-4 anak – RM300
  • 5 Anak Ke atas – RM500

Warga Emas Sebatang Kara ( 60 Tahun Ke Atas )

  • RM200

Tarikh Bayaran

Untuk pengetahuan anda, telah dimaklumkan bahawa bayaran bagi STR fasa 4 akan disalurkan pada bulan November 2023 dan sekiranya ada perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Leave a Comment