Kategori Individu Yang Layak Menerima Bantuan RM150 Pada Julai Ini

Pelbagai jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat dari segi kewangan dan juga keperluan.

Bantuan yang dinyatakan akan disalurkan kepada 2 kategori ini iaitu, golongan bujang dan juga golongan bujang OKU melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Sebelum ini, bantuan STR bagi fasa 1 dan fasa 2 telah disalurkan kepada mereka yang layak menerima dan disini dijelaskan pula berkaitan pembayaran STR Fasa 3.

Penerima STR Fasa 3

Kepada Pemohon baharu / Kemas kini STR yang bukan penerima STR fasa 1 dan fasa 2, bayaran akan dilakukan pada fasa 3 kepada penerima yang berkelayakan.

Kategori Penerima STR Fasa 3 Dan Jumlah Bayaran

ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ), PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH

  • RM300 – RM800 , Mengikut bilangan tanggungan

ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR ) , PENDAPATAN RM2500 – RM5000

  • RM150 – RM250 , Mengikut bilangan tanggungan

WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )

  • RM200

BUJANG ( 21 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH

  • RM150

BUJANG OKU ( 19 – 59 TAHUN ) , PENDAPATAN RM2500 KE BAWAH

  • RM150

Tarikh Bayaran STR Fasa 3

Setakat ini, pihak kerajaan tidak mengumumkan lagi tarikh rasmi bayaran STR fasa 3 tetapi dijangka akan disalurkan pada bulan Julai 2023.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari laman rasmi STR yang tertera di bawah.

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Leave a Comment