Kategori Bujang Yang Akan Menerima Bayaran STR Fasa 4

Bantuan yang dinyatakan ini adalah dibawah program Sumbangan Tunai Rahmah STR 2023 yang mana disalurkan secara berfasa dan kini telah mencapai Fasa ke – 4 yang akan disalurkan pada bulan november ini. Bantuan ini akan disalurkan kepada mereka yang berkelayakan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Perdana Menteri Malaysia ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebagai penjenamaan semula skim Bantuan Keluarga Malaysia. STR yang diperkenalkan ini akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima B40 yang terdiri dari golongan warga emas, isi rumah dan golongan bujang.

Kategori Penerima STR Fasa 4

  • ISI RUMAH ( TIADA HAD UMUR )
  • WARGA EMAS SEBATANG KARA ( 60 TAHUN KE ATAS )
  • BUJANG

Kategori Bujang Yang Akan Menerima STR Fasa 4

Untuk pengetahuan anda, bagi kategori bujang yang telah menerima keseluruhan jumlah bantuan sebanyak RM350 pada fasa 1 – fasa 3 tidak akan menerima bayaran pada Fasa 4.

Akan tetapi, Bagi mereka yang lulus rayuan STR Fasa 3 danĀ bukan penerima Fasa 1 dan 2, anda akan menerima bayaran STR Fasa 4.

Tarikh Rasmi Bayaran STR Fasa 4

Bayaran terakhir bagi STR 2023 ini adalah pada 7 November Bermula sebelum Hari Deepavali sebagai persediaan untuk menyambut perayaan tersebut bagi rakyat penganut Hindu.

Akan tetapi, bayaran akan disalurkan secara berperingkat mengikut bank masing-masing.

Leave a Comment