Bantuan

Kategori Bujang Akan Menerima RM100 Baki STR 2024

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kewangan dalam menjalani hari-hari mereka dan keperluan mereka yang mana kita tahu telah dimaklumkan bahawa bantuan ini disalurkan secara berfasa.

Sama seperti bayaran STR sebelum ini dilakukan secara berfasa dari fasa 1 hingga fasa 4.

Kategori Penerima STR 2024

  • Isi rumah yang berkahwin ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Warga emas sebatang kara ( Pendapatan RM5000 Kebawah )
  • Individu bujang berumur 21 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 Kebawah )
  • Individu bujang OKU berumur 19 – 59 tahun ( Pendapatan RM2500 kebawah )

Bayaran RM100 Lagi Untuk Kategori Bujang

untuk makluman, fasa 1 dan fasa 2 telahpun selesai dibayar. Manakala, bayaran fasa 3 juga baru sahaja selesai diagihkan kepada rakyat.

seperti yang sedia maklum, bagi bayaran fasa 3 bagi kategori bujang hanya menerima RM50 dan akan menerima lagi bayaran selebihnya RM100 pada Fasa ke-4.

Tarikh Bayaran STR Fasa 4

untuk makluman anda, bayaran bagi fasa 4 akan disalurkan pada ;

  • FASA 4 : November 2024

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau membuat semakan, anda boleh melayari laman rasmi STR Berikut :

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button